11/08/2012

Pertama Kali Hantar Kereta Sendiri Untuk Di Servis

Harini Mummy berbuka di rumah abang (Pak Nek) bersama Opah dan Qashrin. Lepas berbuka, Mummy rehat sekejap dan terus pergi ke kedai servis kereta Falken yang bukak sampai 12 malam. Memang sesuai dengan waktu Mummy ni yang siang hari bekerja dan malam boleh la nak buat kerja-kerja yang lain.

Kereta Hyundai Getz Mummy ni dah cukup mileage nya untuk diservis rasanya dah terlebih kot. Sepatutnya kereta ini diservis oleh abang (Ayah Yob) Mummy masa di K.L hari tu, tapi kedai yang dia nak pergi tu tutup pulak. Terpaksa lah postponed.

Disebabkan esok Mummy nak ke K.L, Mummy kuatkan diri jugak pergi ke kedai Falken ni memalam buta ditemani oleh Maisarah anak abang Mummy. Mulanya nak tukar minyak hitam sahaja, bila kereta Getz ni di angkat ke atas sahaja Mummy tanya cina dekat situ apa citer pasal tayar belakang. Sahajalah nak bertanya dengar dari pendapat lain. Sebab sebelum ni abang Mummy bawakkan dan cerita pasal batang tayar (Excell) belakang tu dah bengkok yang menyebabkan tayar botak makan dalam. Bila tengok tayar belakang, dua-dua tayar tu dah botak makan dalam. Cina tu cakap dia nak kene buat alignment dulu baru tahu apa masalah tayar kereta ni.


Disebabkan tayar belakang dah botak abis dan Mummy pon bagi tahu yang esok Mummy nak ke KL. Cina tu terus cakap bahaya takut meletop tayar. Ye ke boleh meletup? Haha...Mummy terus tersentap. Tapi bila di tengok, memang dah takder bunga dan botak. Memang awal tahun lepas, tayar depan tu Ayah Yob tukar baru dan tayar lama dibawa ke belakang. Memang tayar belakang tadi nampak dah botak abis dah. Risau jugak sebab nak jalan jauh bawak Qashrin. Last-last kene lah tadi RM540, tukar tayar 2 bijik, servis minyak hitam, balancing (Free) dan juga alignment.



Selepas buat alignment, cina tu bagi tahu yang tayar belakang sebelah kiri dah bengkok Excell nya. Dah senget masuk ke dalam sampai angka 11. Measurement apa pon tak tahu. Dia cakap, Excell ini boleh di ketuk dekat kedai ketuk kereta untuk jimat. Dia pon rekemen satu kedai ini dekat2 dengan hujung Bercham dan area-area nak sampai ke Tambun. Tapi kene tanya dulu orang tu boleh betulkan ke tak. Kalau tak kene lah ganti RM2000 satu batang Excell. Ini sebab terlanggar lubang kuat katanya. Tayar belakang ni memang takleh buat alignment dah sebab dia dah lekat terus dengan Excell tu.



Untuk tayar depan pulak, memang dua dua tayar dah lari banyak sangat dan kene pasang skru campbell. Apa menatang skru campbell pon Mummy taktahu. Mummy cakap hold dulu lah, nak tanya abang dulu baru nak tukar. Katanya sebelah tayar RM45 skru tu. Skru alignment ni hanya beli sekali je dan boleh diadjust. Ntah apa dia explain Mummy tak berapa nak tangkap sangat. Hahaha.


Tapi daripada citer cina ni memang lah bertepatan dengan cerita dari Abang Mummy tu. Sama ada kene tukar Excell sebatang atau kasi ketuk dulu. Harap-harap boleh ketuk. Minggu depan lepas balik dari KL baru nak tambah skru campbell tu supaya alignment okay balik. Memang kene buat jugak, kalau tak sampai bila-bila tayar ni makan dalam botak cepat.

Abis servis tadi dalam dekat pukul 10 malam. Walau macam mana pon memang kene tukar tayar dan servis. Menda ni memang essential dan penting. Terpaksa lah mengeluarkan wang untuk ni. Rasa macam banyak info yang boleh Mummy dapat tentang kereta Hyundai Getz ni. Sebab sebelum ni mengharapkan orang lain. Rasa macam puas hati dapat lakukan perkara ini sendiri dan independent lah katanya. Macam-macam Mummy tanya. Jenuh jugak cina tu nak menjawab. Hihih. Aih, duit dah abis ke kereta ni, baju Mummy baru ada 2 pasang je untuk Raya 2012 ni. Esok nak ke KL nak shopping raya. Alhamdullilah, next week Pak Nek nak sponsor macam-macam ni. Syukur rezeki dari Allah yang tak pernah putus-putus untuk Mummy dan El Qashrin Qaisara. Amin!

Xoxo
Mummy Akmar