07/08/2012

Persiapan Hari Raya 2012 (Part 2)

Rasa macam dah lama betul tak update blog Mummy ni. Walhal kali terakhir update blog ni baru 3 hari lepas. Bukan apa, sebab Mummy over excited dan gembira sangat sebab Qashrin yang baru pulang ke Ipoh setelah lama di Kuala Lumpur selama 2 minggu disebabkan Mama Achiknya sakit. Dah tu pulak Opah kene extend lagi stay dekat sana sebab Ayah Yob nak ke Sabah. Alahai rindu betul.

Opah sampai Jumaat malam selepas berbuka di K.L bersama "business partner" Ayah Yob.Tu lah yang lambat sampai. Diorang semua sampai agak lambat dekat pukul 12 mlm baru sampai Ipoh.

Hari Sabtu, Mummy kerja half day dan balik ke rumah dapat la bersama Qashrin. So, hari Ahad tu anak-anak saudara Mummy ajak ke Aeon Ipoh, nak pergi tengok wayang. Mummy pon setuju sebab dapatlah "QT" Quality Time dengan Qashrin. Mula tu belikan Happy Meal untuk Qashrin dan Adrian sebelum sampai ke Aeon. Sampai-sampai je terus kami semua ke tempat beli tiket wayang TGV. Alahai, sedih betul penuh. Semua fully booked. Spiderman sampai minggu depan penuh. Lepas tu, Mummy ingat nak beli barang-barang keperluan Qashrin seperti vaseline, shampoo, bath gel, bottle steriliser pills, pampers dan lain-lain. Tapi bila tengok harga agak kecewa sebab harga di situ mahal sedikit berbanding di Tesco. So, terus kami ke tempat baju-baju, konon sahaja lah nak mencuci mata. Sampai je disitu, penuh betul orang.

Bila nak turun dari TGV ke bawah dengan escalator, perkara paling mencabar adalah nak turun sekali dengan stroller. Lupa plak nak mintak bantuan Edry untuk pegang stroller dari depan. Diorang semua dah turun. Tiba-tiba, Mummy tak confident. Dari TGV nak ke foodcourt Aeon untuk turun tingkat bawah memang takde Lif. Mummy cuba nak turun tapi tak berani sebab takot jatuh lah pulak. Ntah macamana, ada seorang cina tua ni, letak air botol dia tepi escalator tu, terus cakap let me help you. dia amik stroller turun ke bawah. Alhamdullilah, rakyat Malaysia memang baik tak mengira bangsa dan juga pertolongan dari Allah ni memang tak kira dimana-mana. Inilah satu cabaran untuk seorang ibu tunggal. Sesampai je kitaorang semua di level foodcourt, Mummy terus cari lif untuk turun ke Level bawah sekali. Bagi Mummy, nak naik ke atas guna escalator memang takde masalah, nak turun tu je tak confident.

Sampai je level yang dituju, apa yang Mummy nampak, orang ramai berpusu-pusu membeli baju-baju raya untuk anak-anak. Masing-masing dah macam Piranha memilih baju dan kasut anak-anak. Mummy pon tengok-tengoklah baju untuk Qashrin (walhal baju raya 2012 dah memang ada). Tengok Brand Miki, Brand Apa ntah tak ingat. Banyak-banyak baju kanak-kanak disitu, Mummy suka Brand Poney. Design dia cantik, color pon soft and banyak color pink (color feveret Mummy). Belek punya belek, tersangkut lah jugak beberapa helai untuk dipadankan dengan seluar Raya yang Mummy dah siap beli untuk Qashrin dari Primark, London yang Mummy kirim dari kawan.

Ini antara pembelian Mummy. NYC Baby Shoe, 2 tops and 1 dress from Poney. 
Sabun cuci botol Qashrin dan set mandian Carrie. Total spent untuk semua dalam gambar ni RM 234.00 + susu Pediasure yang dah naik harga (RM 76.20) = RM 310.20 Berbeza betul dengan kiriman Mummy dekat kawan beli baju di London hanya RM 300 boleh dapat 17 helai pakaian 1 sandal 1 kasut. Kiriman kali ini, bagi Mummy agak biasa-biasa je sebab color semua striking-striking bukan taste Mummy. Banyak color Summer je. Takperlah, yang penting dapat baharukan wardrobe Qashrin ni.


Tengah menunggu size kasut dia. Kitaorang lepak di satu lorong yang sempit dengan Marissa, Maisara, Adrian and Edry bersama stroller. Qashrin ni memang la suka sangat dapat turun stroller amik try macam-macam.

Perasaan bila shopping untuk Qashrin Ahad lepas macam rasa sedih pun ada. Bukan apa, bila tengok orang lain, masing-masing ada suami/isteri dan anak-anak. Mummy pula ditemani oleh anak-anak saudara yang setia mengikut arahan. Kadang-kadang suruh diorang jaga kejap Qashrin dalam stroller, kalau-kalau Mummy nak masuk ke dalam tengok apa yang menarik. Macam mana nak bawa stroller sekali ke dalam yang sesak dipenuhi orang.

Dalam tengah shopping-shopping baju Qashrin tu, terasa pulak nak pergi area tempat baju Mummy. Tapi kesian pulak budak-budak ni. Semua dah request nak main game coined machine tu. Bila Mummy dah selesai, kami pon semua naik balik ke tingkat atas ke TGV semula. Sebab situ ada tempat game orang dewasa dan kanak-kanak. Memula tu nak jugak main tangkap-tangkap dolls dalam tu untuk Qashrin, tapi takot ketagih nak main tanpa henti, Mummy pon bercadang nak naik ke atas tempat kanak-kanak yang ada slide dan macam-macam. Hanya bayar RM6 dan duduk lah situ sampai bila-bila sementara menunggu yang lain main game, siap boleh baring-baring lagi. Mummy duduk situ dalam 4 jam jugak lah menunggu bebudak tu(Osha, Maisara, Edry and Adrian) habiskan RM100 main game. Bebudak tu dah gunakan semua duit tengok wayang dengan main game. Hahaha.


Inilah dia persiapan Hari Raya 2012 untuk El Qashrin Qaisara (sekarang kalau tangkap gambar mesti buat tangan Peace tu). Pakaian-pakaian baru untuk dia sambut Hari Raya 2012 bersama Mummy. Ada 2 pyjamas, 3 seluar, 2 mini skirts, 4 t-shirts, 4 dress, 3 tops dan 3 kasut. Mungkin ada lagi dari Ayah Yob yang nak beli lagi untuk Qashrin dan juga Pak Nek. Murah betul rezeki Qashrin. Syukur kepada Allah dengan rezeki yang banyak kepada kami. Mummy nak tambah lagi baju tidur Qashrin sebab semua dah ketat-ketat. Mana cukup 2 je baju tido kan? Nantilah Mummy usahakan untuk Qashrin. InsyaAllah.

Xoxo,
Mummy