08/08/2012

Pengalaman Sebagai Ibu Tunggal Melahirkan Anak dan Berpantang di Bulan Ramadhan (Part 3)

Semalam sedang dodoikan Qashrin “lailahaillah muhammadurrasullulah” sampailah mata Qashrin terpejam. Teringat kembali waktu berpantang di Bulan Ramadhan. Dari kecik, Qashrin memang dibaca dan dizikirkan dengan nama-nama Allah untuk didodoikan. Teringat pula waktu selepas melahirkan Qashrin, bermalam di Hospital dan juga kisah sedih semasa sudah discaj dari Hospital. Pengalaman sebagai ibu pertama kalinya disemat di dalam hati sehingga hari ini.

Setelah discaj dari Hospital Pantai, dah sampai sahaja ke rumah, perasaan sedih menyelebungi perasaan gembira. Sampai je ke dalam bilik, ntah macamana Mummy takleh nak tengok bilik selerak sikit. Jalan merangkak-rangkak pon mesti kene kemas. Pelik betul. Rasa macam rimas. Mungkin sebab hormone bertukar. Hahaha.
Macam biasa, baby Qashrin menjalani kehidupan barunya di dunia ni selepas beralih keadaan dari dalam perut ke dunia realiti. Perasaan seorang ibu melihat anak tu tak terkata. Macam-macam perasaan timbul. Perkara yang paling tidak dapat dilupakan bila melihat muka El Qashrin Qaisara. Sedih sangat dalam hati. Macam biasa, Mummy tahu semua ibu-ibu diluar sana memang sangat beremosi semasa waktu dalam pantang. Kalau sedikit tersentuh memang cepat air mata tu mengalir. Sama seperti Mummy. Mummy akan menangis bila melihat wajah Qashrin. 


Kenapa Mummy nangis? Bila Qashrin ada sakit kuning. Sedih tu menjadi-jadi apabila nurse yang datang ke rumah untuk pemeriksaan tu cakap “kalau kuning dia tinggi, nanti akan memberi kesan kepada otak baby.. dan macam-macam perkara”. Setiap kelahiran walaupun dari Hospital Swasta, semua rekod kelahiran akan dihantar ke Hospital Besar untuk pemeriksaan dirumah. Mummy jadi sedih dan takot dengan kata-kata nurse tu. Nurse tu cakap, “Puan bawa sahaja anak Puan ke Hospital Besar untuk dapatkan sinar tu”.


Kepala Mummy tak terfikir yang sememangnya Mummy tak pernah pergi ke Hospital Besar. Mummy ajak Mama Achik ke sana. Rasanya dalam hari ke-4 or ke-5 di rumah pergi ke sana. Sakit-sakit lepas operation tu bawak anak pergi Hospital berdua je dengan Mama Achik. Mama Achik bertanya betul ke nak pergi Hospital Besar. Mummy cakap pergi sahaja. Walhal boleh sahaja pergi ke Pantai Hospital. Dah la pergi Mummy tak bawak kelengkapan Qashrin. Yerlah otak pon dah buntu dah la first time jadi ibu. Pergi ke Hospital Besar Ipoh macam masuk Zoo. Orang padat dan penuh. Sesampai je di wad kanak-kanak kot, apa yang Mummy nampak penuh dengan incubator dan sinar warna biru tu. Semua baby di situ dibiarkan menangis unattended. Ada beberapa ibu yang lain menenangkan anak masing-masing dan ada juga pasangan suami isteri. Memang penuh. Paling geram, guard didepan pintu untuk wad tadi melarang Mama Achik masuk. OMG. Mama Achik dah bengang dan marah. Sebab takkan nak biarkan Mummy sorang-sorang. Sampai sahaja ke dalam wad tu. Perkara pertama adalah, baby diambil oleh doctor pelatih yang sangat muda untuk mengambil darah Qashrin. Dalam tak sampai 5 minit disitu, Mummy menangis tiba-tiba. Nak tahu kenapa? Mummy tak boleh dengar baby yang dekat 20 orang tu menangis. Tangisan tu macam pisau di badan Mummy. Sakit rasanya! Doctor tu dah pelik sambil kata “are you scared, if you do, you can sit outside” Mummy cakap lah “no I cant hear babies crying”. Kata doctor tu, Qashrin kene diletakkan di bawah sinar biru tu paling minimum 4 jam dahulu sementara menunggu result darahnya. So, Mummy taknak susahkan Mama Achik dan suruh dia pulang dulu untuk bawa barang-barang yang lain. Qashrin diletakkan disitu.  Tengah menunggu Qashrin, Mummy rasa dahaga sesangat. Mula pergi ke bilik depan, chief nurse tu kata sini takboleh amik air, pergi pulak ke belakang, kata nurse satu lagi amik didepan. Ya Allah, rasa macam nak nangis je sebab sakit berjalan, baru berapa hari je dibedah. Mummy dah berpeluh semata-mata nak amik air untuk minum dan menyediakan susu Qashrin. Paling pelik, nurse tak bagi buat susu sendiri, dia suruh pakai susu yang disediakan tu. Ntah susu apa yang dia bagi. Mummy ni dah macam orang bodoh takde otak. Ikot sahaja. Tapi diselit jugak perkara lawak, dalam bergerak ke depan kebelakang, terjumpa Guard India yang bertengkar dengan Mama Achik datang dekat Mummy dan berkata:

Guard: Saya mau tanya, you punya kakak polis ka?
Mummy: Dengan muka pelik dan berpeluh-peluh cari air pon menganguk saja.
Guard: Bukan apa adik, saya pon ikot saja arahan. Saya tahu dia polis. Jangan la cakap itu macam, jangan buat report. Saya sini cari makan saja adik (walhal tadi mcm gangster paradise je menghalang mama achik masuk. Dia ingat mama achik ni pegawai polis. Haha!)
Mummy: Auntie, saya takder suami. Suami saya sudah meninggal dunia. Jadi kakak saya kene tolong sama saya. Saya sakit baru 4 hari operation
Guard: Ya ka adik? Itu macam ka. Takpa la, saya mintak maaf juga. You punya kakak polis, saya takot ada juga.
Mummy: Dalam hati nak tergelak pon ada dalam sedih-sedih tu. Hahaha

Nak dijadikan cerita, Mummy boleh tertinggal wet tissue di rumah. Jadi Mummy mintak dekat nurse tu. Dengan selamba nurse tu ckp “amik di situ”. Mummy pon tak perasan tak baca label. Memang macam wet tissue untuk baby. Mummy pon lap lap la Qashrin tukar lampin. Selepas tu, makanan disediakan. Mummy ni dah blur-blur. Tau tak apa yang dihidangkan diwad untuk baby sakit kuning?? Dan semestinya semua ibu-ibu yang baru lahirkan anak. Menu: Ikan cencaru tauchu, sayur bayam dan buah. Memang Mummy lapar sesangat time tu. Bila semua dihidangkan, sekali lagi Mummy pergi tanya semua orang. Mummy tanya orang yang duduk sebelah Mummy:

Mummy: Kak, ikan ni boleh makan ke??
Orang pertama: Ntahlah, saya makan je, saya tak kisah. (padahal lahir anak kedua)
Orang kedua: Memang boleh ikan ni, tiada masalah.
Orang ketiga: Elok laju je dia makan.

Mummy: Dalam hati rasa konfiden lah. Tak tahu pulak dalam pantang takleh makan kacang! Sebab itu lah tanya. Okayla Mummy nak nasik je sebab lapar dan dahaga sebab kesan dari ubat bius dan juga keluarkan susu badan. Makan punya makan. Terus ke bilik baby tu.

Tengok-tengok Qashrin menangis menjerit. Huwaaaaa….Mummy sedih. Mummy cakap “jangan nagis sayang, Mummy disini”.  Dalam terlalu sedih, tiada siapa tempat nak share, Mummy snap some photos and emailed to my ex husband gambar Qashrin. Hari tu jugak baru dia reply “please give me your account number for Nafkah Qashrin”.  Selepas beberapa keeping gambar barulah tersedik untuk menjalankan tanggungjawab? Hmm…


Mummy periksa semula, lampin Qashrin dan perlu ditukar. Sekali Mummy pergi ke tempat wet tissue yang direkemen tu, rupanya tissue lap meja???????????????? WHAT!!!!!!!!!!! Boleh tak tetibe Mummy jadi singa dan menangis-nangis marah nurse tu. "How could you advise me to use this desk tissue for my baby?" Menjerit-jerit Mummy. Straight I went to the doctor on duty. Menangis-nangis and said I want to go back NOW! I don’t care dan cerita pasal nurse tadi. Chief Nurse dah mintak maaf dekat Mummy. Dah nak jadi cerita, doctor tu cakap kuning Qashrin still dalam keadaan terkawal. Terus doctor tu dapat tempias. Kenapa tak inform I? Baru sekarang baru nak inform. Mama Achik pon datang bawak barang untuk Mummy dan Mummy terus nak balik.

Balik je, Mummy cakap nak bawak Qashrin pergi Pakar Kulit. Dah la hari Ahad. Nasib ada bukak satu Klinik yang memang specialised in kulit. Sampai je klinik hujan pulak tu. Terkene lah kami hujan dua beranak yang baru berpantang 5 hari. Alhamdullilah, Doktor Chong cakap skin dia ada sikit rashes tapi takde apa-apa yang teruk. Dia suruh letak krim dan cuci air dengan cotton.

Kesan dari perkara di atas memang teramat seksa:
1) Badan jadi berangin sebab makan tauchu (kacang)
2) Badan terus sejuk sampaikan Mummy terpaksa pakai sweater yang tebal.
3) Lengan dan satu badan rasa mencucuk-cucuk (bisa)
4) Susu badan banyak yang kene buang sebab Qashrin minum muntah balik sebabkan kacang tu
5) Badan jadi gatal sebab ikan cencaru
6) Qashrin pon kene tempias, muntah sebab angin dan cirit dari minum air susu Hospital Besar Ipoh dan susu badan Mummy yang dah tercemar dengan ikan cencaru dan tauchu tu.

Nasiblah Mummy ni tak meroyan atau turun darah. Dalam kesedihan tu nak pulak tanggung bebanan di atas ni. Hari yang sama jugak Mama Achik kene balik K.L. Bertambah sedih. Bila Mama Achik balik K.L. Mummy menangis tanya Opah “macamana ni? Sian baby sakit kuning, risau”. Mummy menangis teresak-esak peluk Opah. Opah pon menangis peluk Mummy dan cakap “janganlah nangis”


Keesokkannya, bawa Qashrin berjumpa Pediatrician, Doktor yang check Qashrin hari dilahirkan di Pantai Hospital. Check punya check, Qashrin punya kuning tak lah tinggi. Doktor Kuldeep marah Mummy sebab paranoid yang bukan-bukan

Mummy: I’m so worried doctor, the nurse who came visited me said that my daughter can this and this…(membebel panjang Mummy, sambil muka sedih)
Doktor Kuldeep: No lah, you don’t have to worry. That’s why you should attend ante-natal class. 
Mummy: Bunyi cengkerik (dalam hati, memang rasa bersalah sebab tak attend apa-apa kelas, Cuma mengharapkan majalah Pa&Ma, tu pon tengok check-list baju baby je)

Doktor Kuldeep check semua. Memang lah 5 hari lepas bersalin kene pergi jumpa pakar kanak-kanak. Periksa punya periksa, dinding lelangit Qashrin ada luka. Luka macam ulser.

Doktor: Ooohh, mulut baby sudah luka
Mummy: (Terperanjat dah nak nangis) Macamana boleh macam ni? Mummy pon terus ckp Oooh ni sebab semalam I pergi Hospital Besar untuk sakit kuning.
Doktor: Tak tak..bukan. Ini pasal you sudah ada bagi barang keras cucuk mulut dia
Mummy: Haaaaaaaa??? Pelik sambil fikir apa menda yang Mummy bagi jolok mulut dia?? Fikir punya fikir, rupanya Nipple Shield. Kesiannya baby! Uwaaaaaa
Doktor: Saya kene bagi antibiotic sebab takot merebak.
*Kecik-kecik dah makan antibiotic. Sedih betulla…

Inilah kalau kita berjumpa dengan pakar, semuanya dapat dikesan dan dirawat. Dari pergi jumpa doctor biasa-biasa tapi tak tahu apa puncanya. Selepas 3 hari lukanya pulih. Bayangkanlah dia still baby tapi sakit mulut. Mummy ni tetap bagi susu badan pakai Nipple Shield tu tanpa mengetahui mulut dia dah kene jolok. Baby takleh nak cakap sakit atau apa. Mujurlah jumpa dengan pakar. Kesian sangat...

Mulai dari itu, Mummy dah totally banned ke Hospital Besar. Melainkan sebab tertentu. Setiap cucuk bulanan Qashrin, Mummy ke Doktor Kuldeep. Memang mahal nak berbandingkan cucuk di Hospital Besar. Dulu ada kes kakak Mummy punya anak, cucuk di klinik kesihatan, tangannya lebam. Teringat cerita tu, biarlah Mummy bergadai bergolok hanya yang terbaik untuk El Qashrin Qaisara. Semua cucuk bulanan Qashrin ditanggung penuh oleh Mummy. Itulah orang cakap, rezeki yang Allah bagi dimana-mana sahaja. Syukur Alhamdullilah.

Nanti Mummy ceritakan lagi tentang pengalaman Mummy lagi macammana keadaan Mummy bila terlalu sedih dalam tempoh berpantang.

Xoxo,
Mummy


5 Comments:

Nurrul Jannah said...

That's why la ramai org x nak pegi GH....diorg ambil mudah je semua perkara. Anak2 akak semua pegi klinik swasta kalau nak inject atau jumpa doc. Biar mahal asalkan anak2 kita sihat kan. Lgpun x pyh nak menunggu lama2.

Nurrul Jannah said...

That's why la ramai org x nak pegi GH....diorg ambil mudah je semua perkara. Anak2 akak semua pegi klinik swasta kalau nak inject atau jumpa doc. Biar mahal asalkan anak2 kita sihat kan. Lgpun x pyh nak menunggu lama2.

Mummy Akmar said...

Memang tak pernah pergi GH. Kepala pon dah buntu lah kak..Nurse tu ckp sekejap dan cepat je.. Itu lah dinamakan pengalaman..

Walaupun semua saya keluarkan duit. Cucuk anak saya takpernah pegi GH. Biarlah mahal..sebab kata nurse hospital pantai, GH pakai jarum besar dan cucuk dekat otot, tu yg boleh lebam..

Nurrul Jannah said...

Betul tu Akmar. Kwn akak yg jadi nurse kat GH pun bila nak deliver baby pegi kat hospital pantai. Camno tu?.... Akak alhamdulillah....bersalin dua2 kat PPUKM (dr rumah 5 min je) service diorg memg tip top....dr dlm deliver room sampai bila dah discharge.... Kalau kat Ipoh akak x tau la hospital mana yg service bagus.

Mummy Akmar said...

Family saya memang tak pernah ke GH pon..ntah haritu otak pon dah buntu..Nurse gov ni cakap pegi je GH amik sinar tu kejap je..takot nanti jadi mcm2 dekat baby..Haha nak jadi cerita..mcm niler kak oi...

Saya ni beranak dekat Pantai Hosp..padahal 1 week after that appointment dgn Doctor Pakar Kanak-Kanak di Hospital Pantai dan saya punya appointment sekali dengan Dato Ranjoth. Kepala pon dah fening...sedih...sakit kene bedah...otak dah half malfunction terus! Huhuhu

Post a Comment