04/08/2012

Pengalaman Sebagai Ibu Tunggal Melahirkan Anak dan Berpantang di Bulan Ramadhan (Part 2)

Beberapa minggu lepas, Mummy pernah cerita pengalaman Mummy sebagai ibu tunggal melahirkan anak dan berpantang di bulan Ramadhan sebelum beberapa hari ketibaan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.


Apabila berpantang di bulan Ramadhan, semestinya 30 hari tu tak dapat Mummy tunaikan puasa macam orang lain. Selepas lahirkan Qashrin cara C-sect, semua keadaan berubah. Berubah dari segi fizikal, emosi dan juga semestinya perubahan keadaan ada baby yang comel sebelah Mummy =)

 Trying Jubah nak ke court pengesahan lafaz cerai. 
Sebelum 1 minggu lahirkan El Qashrin Qaisara

Pengalaman melahirkan anak seorang diri memang sangat berbaloi walaupun tanpa suami dan perasaan takot  tetapi Mummy tabahkan diri demi melahirkan El Qashrin Qaisara. Apabila sudah berada di bilik wad sendiri, ubat bius pon sudah tiada, mulalah rasa sakit yang teramat datang. Pengalaman yang Mummy nak cerita ialah PENGALAMAN SAKIT yang tidak dapat dilupakan:

1) Apabila Urine-Caterer dikeluarkan supaya system pembuangan air kecil semulajadi di aktifkan semula. Pengalaman mula membuang air kecil tu adalah sangat perit. Rasa macam nak tercabut nyawa terkeluar isi perut, rahim, hempedu.. cakap je lah Allah sahaja yang tahu. =( Apabila dah dicabut, Mummy diajak bangun dan duduk di atas kerusi dan selepas itu membuang air kecil. Bayangkan nurse tu masuk sekali ke dalam tandas untuk memastikan Mummy membuang air kecil. Peritnya! =( Tak dapat lupa pengalaman macamni. Terasa mcm mangkuk tandas tu dah nak terbalik kot. Mummy dah berpeluh dan sakit yang teramat pertama kali membuang air kecil. Walaupun duduk, terasa nak pitam, mata nampak bintang bintang and kabur. =(

2) Pertama kali disuruh bangun dari katil adalah suatu penyeksaan. Bagi pengalaman ini, memang tidak dapat dilupakan kerana kesakitan yang perit. Pertama kali nurse peluk Mummy untuk bangun dari katil, pergi duduk atas kerusi dalam bilik adalah sakit sesangat. Alhamdullilah, walaupun tidak ada suami disisi, nurse tu memang kuat nak dukung Mummy. Hahaha…Mungkin Allah beri extra energy dekat nurse tu untuk papah Mummy just nak sampai kerusi yang selangkah dari katil Mummy tu. Selangkah tu macam rasa 1000000 langkah. Mula bangun pon dah menitik air mata. Bila nak bangun sampai Mummy rasa nak pengsan menahan sakit, muka Mummy berpeluh pucat dan bila dah sampai tempat duduk tu adalah suatu yang teramat sakit. Bila dah duduk, nak adjust kedudukan dan posisi badan pun sakit teramat. Pada waktu itu, aunty saudara ada disitu sampai dia pon takot tengok Mummy dan tanya soalan cepumas “sakit sangat ke?” bila melihat betapa teruknya Mummy nak bangun dari katil.

3) Apabila disuruh berjalan perlahan-lahan. Mummy tetap gigihkan diri berjalan ditemani oleh Mama Achik ke nursery room untuk melihat Qashrin. Setiap langkah itu memang sakit. Patutla bila melihat orang lain selepas bersalin, jalannya ter-engsot engsot kerana menahan kesakitan. Uwaaaaaaaaaa!!

Yeay! Berjaya sampai ke sini walaupun bukannya jauh sangat.

4) Pengalaman yang paling mencabar bagi Mummy selepas dari 3 pengalaman di atas. Iaitu menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Sedih sangat. Sebab pada mulanya susu tak keluar. Nurse suruh picit untuk mengeluarkan susu untuk menimbulkan mata puting. Memangla sakit. Qashrin pulak mencari-cari susu. Memang sedih. Bile Dato’ Ranjoth datang visit, dia cakap memang mula-mula takde, biarkan air liur anak kene pada puting kerana dengan cara ini mesej akan dihantar pada otak untuk mengeluarkan susu. Mama achik plak kesian tengok Mummy. Mummy cuba guna breast pump, picit pertama adalah sakit. SEMUA SAKIT =( . Susu tak keluar. Memang sedih. Mungkin mama achik dah tak sanggup tengok Mummy battling sorang-sorang cuba sedaya upaya mengeluarkan susu, mama achik dengan selambanya amik breast pump dia pump dengan laju giler sampai menjerit Mummy. Memang ternampak hasil susu tu keluar sikit demi sedikit.  Pengalaman ni tak dapat lupakan dan Mummy geram dan ckp “nanti tunggu kamu beranak pulak, biar aku pump laju2 mcmtu” Hahaha..Suara marah tapi gelak plak lepastu. Memang sakit macam nak tercabut rasanya. Setiap nurse yang datang akan perisa samada baby dapat tak disusukan untuk kebaikan kolustrum tu. Ada satu nurse cina ni ckp, beli nipple shield untuk lebih senangkan lagi Qashrin nak menyusu. Kira bantuan sebab nipple shield panjang sikit. So, apa lagi mama achik pon pergi belikan untuk Mummy. Memang berhasil banyak susu keluar. Tetapi rupanya nipple shield tu yang keras dah mencucuk lelangit Qashrin. Uwaaaaaaaaaaa.. sedih lagi. Dah la Mummy baru tahu 1 minggu kemudian untuk check up pertama. Dah kene makan antibiotic kecik2 mcmtu takot luka tu merebak. Mummy tawakal dengan Allah dan percaya pada pakar. Selepas dari itu, susu badan mula ada peningkatan. Banyak keluar tapi memang kene rajin pump dan makan. Macam biasa, untuk keluarkan susu mesti kene ada barang masuk barulah penghasilan susu keluar banyak. Itulah konon nak diet sangat sampai telaga susu jadi kering. Tapi yang penting, Qashrin dah sedut semua kolustrum yang ada. Alhamdullilah.

2-3oz kuatkan diri untuk anak. Menyesal tak beli breast-pump auto.

5) Pengalaman sakit yang teramat walaupun lepas 3 hari melahirkan anak. Hari untuk discaj dari Hospital. Nasiblah Mummy ni ditolak di atas kerusi roda oleh nurse sehingga ke entrance Hospital. Mummy ditemani oleh Opah dan driver Pak Uteh (Uncle Joe). Uncle Joe ni India dan seorang yang baik. Banyak tolong Mummy. Bila sampai sahaja di pintu entrance Pantai Puteri, sekali tengok Uncle Joe datang bawak kereta alphard. Dari jauh dah berpeluh dan rasa nak pitam dah. Nak naik kereta setinggi tu dengan perut yang baru dibedah sangat tak sesuai! Sakitnyer Allah sahaja tahu =((. Opah memangku Qashrin, Mummy ditolong oleh nurse dari wad atas dan Uncle Joe. Nak naik kereta tinggi macam ni is not a good idea. Mummy lebih rela naik kelisa opah tu sebab senang je nak duduk. Kereta tinggi macam ni, tangan nak pegang dekat tepi, satu kaki nak melonjak ke atas, semua tu pakai kuasa daya tujahan dari perut. Hahah fiziklah plak. Maunye tak nangis nak naik kereta tu. Orang semua dah tengok betapa gigih nye Mummy nak naik kereta alphard tu. =(((((~~

Opah pangku Qashrin. Mummy tengah sakit. =(

Semua pengalaman diatas ni sangat perit tapi sangat berharga pada Mummy. Itu lah baru tahu pengorbanan seorang ibu. Setiap 2 jam menyusukan anak dengan tak cukup tidurnya. Itu tak termasuk nak cuci botol susu dan pakaian baby. Semua Mummy buat sendiri except basuh baju dan sidai tu Atok tolong buatkan. Pada malam hari, Opah tidur dan Mummy taknak gerak Opah. Walau sakit nak tercabut nyawa pun semua Mummy buat sendiri sebab siang hari Opah dah banyak membantu. Setiap hari selama Mummy jalan macam orang merangkak tu, selama itu makanan dihidang terus ke dalam bilik. 

Qashrin, ingat pengorbanan Mummy. I hope that you will be "somebody" one day. Mummy nak Qashrin jaga Mummy hingga Mummy tua nanti. Mummy tidak ada sesiapa melainkan Qashrin. InsyaAllah Mummy nak Qashrin jaga Mummy bila nanti Mummy dah tua, tak mampu untuk bergerak dan Mummy perlukan doa Qashrin untuk Mummy. 

I love you Sayang *cry*


22 Comments:

Sue PeLik said...

qasrin pasti jaga mummy. pasti! :)

Hidayah Bach said...

insyaAllah , qashrin akan jaga mmy nye..
didik lah dia baik2.
yang penting bukan sekadar ilmu dunia tapi jugak ilmu akhirat.
zaman sekarang ramai yang leka..

daddydee jedi said...

Tahniah mummy...mummy memang seorang yang tabah

eza miza said...

sangat tersentuh baca story mummy... **sad too..
smoga qashrin akan sentiasa menggembirakan mummy..

Nazri said...

pengorbanan seorang ibu.. semoga anak menjadi penyejuk mata

Mummy Akmar said...

terima kasih Sue dengan kata-kata semangat tu

Mummy Akmar said...

Terima kasih DaddyCool!

Mummy Akmar said...

Eza..
Everyday Mummy teringat pengalaman2 ni, jadi blog ini menjadi tempat Mummy nak tulis cerita ni untuk Qashrin baca bila dia besar nanti dan berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu tunggal.

Memang its really a tough journey for Mummy. Alhamdullilah Mummy lalui dengan tabah. Syukur kepada Allah dengan dugaan dan diberi rahmat bermacam-macam pada Mummy dan El Qashrin Qaisara

Mummy Akmar said...

Terima kasih Nazri..

Alhamdullilah, Mummy dapat the best gift ever from Allah.

Mummy Akmar said...

InsyaAllah..
Doakan saya ye Dayah...

Lina md. munir said...

Bila dah besar El Qashrin Qaisara akan selalu cakap I LOVE U mummy.
You are the best mummy i had ever have.

Budak Felda said...

begiru tabah mummy......:) semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat mummy

Mummy Akmar said...

Thanks Lina!!

InsyaAllah kasih seorang anak dan ibu akan sampai bila2

Mummy Akmar said...

Budakfelda..nampak je Mummy gelak2..tu nak hilang stress tu..Sorry la blog awak jadi bebelan Mummy! Haha

Anonymous said...

hi akmar,

kak shidah nie... mule2 serious jer akmar cite susah payah bersalin... feeling jer baca tp tergelak jugak bile baca psl ko geram kat kak shima..huhu

kak shidah doakan semoga hidup akmar & qashrin dilindungi Allah swt, murah rezeki selalu & qashrin jadi anak yg soleh & mengenang jasa mummy dia.... take care akmar...

Mummy Akmar said...

Hi Kak Shida..

Bila mengarang tu teringat sikit demi sikit..lepas tu tulis tu mengikut sequence takot sedih sakit..lepas tu ada bibit kegembiraan dalam kesakitan..

Saya ni menulis dari hati..kadang-kadang rasa confuse bile baca..tapi yang penting semua cerita ni dari pengalaman sendiri dan terpahat di memori Akmar..Hahah Memang betul, Shima selamber pump laju giler..mau tak jerit Akmar..Hahaha..

Anyway, thanks for reading.. InsyaAllah dan terima kasih doa Kak Shidah tu..

Zefa NorAsmara said...

Ibu Yusuf singgah ziarah dan follow.

Setiap kepahitan itu ada kemanisan yang akan datang. Tahniah kerana menjadi seorang mummy yg tabah. Semoga akmar dan anakanda sentiasa berada di bawah lindungan Ilahi.. amin

Mummy Akmar said...

Terima kasih Ibu Yusuf!

Amin...

steph said...

OMG sedihnya baca post ni... *sobsob* keluar air mata kat office. Kak Akmar you are one strong laddyy!!!!

Mummy Akmar said...

Thanks steph..visit my blog..

Yup when I wrote this, I was crying...It is purely from my heart and I wanted Qashrin to know how much I sacrificed for her.

Thanks..u made me stronger.. xoxo

Anonymous said...

sedih bace kisah2 awak..harap awk sentiasa tabah..pecaya lah!!kasih qashrin pd mummynye akan kekal sampai bila2..semoga bila besar nanti qashrin lebih tabah menempuhi liku2 kehidupan sekuat mummynye..jaga diri mummy dan qashrin baik2.semoga allah akan mpermudahkan urusan mummy berdua bersama qashrin

Mummy Akmar said...

Thanks

Post a Comment