14/08/2012

Mummy's 3.0 Pre-Birthday Celebration

Alhamdullilah, harini kami semua selamat sampai Ipoh dengan kereta Hyundai Getz Mummy yang setia hingga ke hari ini. Kami bertolak dalam pukul 11 pagi dari Kuala Lumpur. Sesampai je di Ipoh, kami semua pergi ke rumah Abang Mummy (Pak Nek) sebab nak hantar Maisarah (Kak Aya) balik. Alhamdullilah, tahun ni rezeki Allah kepada Pak Nek. Dapat ler Pak Nek sponsor sikit untuk Mummy dengan Qashrin. Hihihiks. Thank you Pak Nek. Dulu Pak Nek sponsor kambing untuk Aqiqah Qashrin. Opah pon dapat jugak dari Pak Nek. Semoga Allah tambah rezeki Pak Nek dan business bertambah maju! Hahaha~

 Qash tengah posing kejap. Pinjam Pak Nek punya. 
Berat jugak satu pack ni. 
Ingat nak suruh Qashrin pegang 4 sekali.

Semenjak kelahiran El Qashrin Qaisara, syukur pada Allah dengan rezeki. Setiap tahun, memang ada pack-pack ni untuk Abang-Abang Mummy. Hahaha. Yerlah ini bukan Mummy punya. Pinjam nak glemer je kejap.Thank you Pak Nek for RM1500! Hehueheue. Nanti Raya bagi ler lagi kan....... (wink wink)

Untuk berbuka pula, kami berbuka di Secret Recipe bersama Opah, Aiman dan Qashrin. Iftar hari ini disponsor oleh Pak Nek. Thank you very much!. Mulanya nak berbuka di Hotel Excelsior Ipoh, tapi fully booked lah pulak. Kata diorang, laksa, mee goreng, kuewtiow goreng memang sedap di situ. Tapi bukan rezeki kami nak ke sana, makan sahaja di Secret Recipe.

Nasiblah dah buat reservation dekat Secret Recipe. Boleh sembang punya sembang with dearest BFF, sampai 15 minits nak berbuke baru tersedar. Mujurlah Secret Recipe ni dekat sahaja dengan rumah kami.

Aih, sedar tak sedar, Mummy ni dah nak tambah 1 tahun muda lagi pada 18 Ogos 2012 ni. Genaplah umur menjadi 3.0 lebih muda dan jelita! Hahaha *Verangan* Kena lah positif dan berjiwa muda supaya hati pun muda kan? =) Heee.. So, disebabkan hari ni 14 Ogos 2012, Mummy pon sengaja lah suruh orang di Secret Recipe tu light up kan satu candle dekat dessert nanti, just untuk Mummy. Sahaja pre-birthday katanya. Sebab Sabtu ni dah semua busy nak Raya. Sempat ke nak tiup2 cake nye kan... For sure tengah busy nak siapkan persiapan Hari Raya. Yang paling best, Qashrin adalah yang paling excited sebab brownies ni ada candle. Beriya-riya dia nak tiup lilin tu. Sedang dia nak tiup, Aiman pulak potong Q tiup lilin. Terus muka sedih sambil ckp "Aiman ni......" Demi anak tersayang, panggil balik waiter hidupkan balik lilin tu dan bagi Qashrin chance tiup balik. Dah tiup baru lah happy.

Menu kami hari ni, 2 pinggan spaghetti bolognese (menu favourite Qashrin), 1 Blackpepper Chicken Chop with Rice dan 1 Mee Curry, Ice Lemon Tea, Choc Blended dan Watermelon Juice. *Burp* Alhamdullilah.

 My mini 3.0 Birthday Cake. Brownie with Ice Cream.

Mummy & Qashrin before she blew the candle.
Qashrin tengah makan jagung, mulut mcm mulut ikan je! Hahaha. 
Credit to Aiman

Alhamdulillah, Qashrin makan banyak sangat. Rasa gembira sangat hati bila Qashrin kene sumbat banyak makan.Syukur kepada Allah. Qashrin, keluarga Mummy yang banyak membantu Mummy dan Qashrin. Semenjak Qashrin dilahirkan, mereka tak putus-putus membantu dari rezeki yang Allah bagi. Nanti bila dah besar nanti, ingat jasa Ayah Yob, Pak Uteh, Pak Nek, Pak Andak, Mama Achik, Mak Der dan lain lain. Mereka semua sayangkan Qashrin dan banyak menyumbangkan bermacam-macam kepada Mummy dan Qashrin dari segi tenaga dan wang. Ingat, hanya keluarga Mummy yang bersama Mummy dan Qashrin, susah senang. Dari Qashrin wujud dalam rahim Mummy, hingga Mummy lahirkan Qashrin hanya keluarga Mummy memberi support dan doa.

Mummy tengah usahakan duit untuk Qashrin dapat mulakan sessi persekolahan seawal 2 tahun dan lepas itu Mummy nak hantar Qashrin ke Sekolah Agama Rakyat belajar dengan Mak Tok (Pengetua dan Pengasas Rumah Anak Yatim). Nampak gayanya, email yang Mummy hantar kepada so called bapa tu tentang persediaan sessi persekolahan untuk Qashrin tidak di endahkan, mahupun reply untuk mengatakan tidak untuk cadangan persekolahan Qashrin. Yerlah menda yang melibatkan wang memang siapa pon taknak participate. Hutang untuk tempoh iddah 9 bulan pon berdolak dalih untuk bayar atas pelbagai alasan. Takperlah, biar Mummy invest keluar wang sendiri untuk masa depan Qashrin. InsyaAllah, niat baik ini pasti ada hasilnya di masa akan datang. Biasalah, awal dulu menidakkan nasab anak bermacam-macam fitnah, dah besar anak ni, beriya-iya nak hak jagaan dan hak bermalam. Inilah manusia hari ini. Semoga Allah beri petunjjuk kepadanya dan keluarganya. Amin

Mummy tengok Qashrin memang banyak potensi untuk lebih maju. Qashrin sekarang dah boleh baca Bismillahirohmannirrahim (penuh) dah boleh baca Al-Fatihah, dah boleh baca doa makan dan yang paling menakjubkan, Qashrin hafal ayat Al Quran surah yang Opah tengah hafal dengan team mengajinya. Qashrin jugak dah lancar bercakap dan pandai membuat ayat. Mummy ingat nak Qashrin belajar ke Mesir. Agama, dunia dan akhirat dapat. InsyaAllah. Semoga impian Mummy tercapai. InsyaAllah. Biasalah, kenalah mula dengan angan-angan dan menjadikan impian itu satu realiti. Mummy nak Qashrin dapat menguasai dan mendalami Al-Quran dan Bahasa Arab.

*Ya Allah, jadikanlah aku seorang ibu yang akan mendidik dan membimbing anak ini ke jalan Mu Ya Allah. Limpahkan kami rahmat dan hidayahMu Ya Allah. Tutupkan pintu maksiat dan bukalah pintu imanku. Bukakanlah pintu hatiku untuk menunaikan solat 5 waktu. Lindungilah aku dari perkara yang tidak diingini dan juga perbuatan sihir dari manusia ataupun syaitan*

Amin...........


Xoxo,
Mummy Akmar