16/08/2012

Kad Raya 2012 dari Mummy Akmar & Baby El Qashrin Qaisara

Di kesempatan ini, dengan rendah diri Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca dan follower blog El Qashrin Qaisara. Mummy ingin menyusun 10 jari memohon maaf di atas kesalahan yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan. Jika mana-mana posting Mummy ada menyinggungkan perasaan sesiapa yang membacanya Mummy memohon maaf.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, pandulah kereta dengan selamat ingatlah orang tersayang. Semoga selamat pergi ke kampung halaman dan pulang ke rumah sendiri. Semoga semua perjalanan anda sempurna agar dapat bersama keluarga dan sanak saudara tercinta menyambut Aidilfitri kali ini. 

**Kalau makan makanan best-best tu, ingatlah Mummy di sini. Hahaha! Dan kalau baik hati tu bagi lah duit raya sekali =) Hihi!


Kad Hari Raya Aidilfitri 2012 

Xoxo,
Mummy Akmar 
Baby El Qashrin Qaisara