29/08/2012

Ibu Tunggal Yang Dizalimi dan Dianiaya


Mak: Akmar, susu Qashrin dah nak abis ni…
Mummy: Yer ker?
Mak: Adalah dapat sekali dua bancuh untuk sebotol tu.
Mummy: Alhamdullilah (dengan cara bersahaja)
Mak: Pampers, vaseline, shampoo..kamu tengok lah barang-barang dia semua tinggal sikit.

Shopping di Tesco Hari Raya ke-3

Inilah setiap bulan yang akan terjadi. Setiap kali dapat tahu tentang stok-stok barang keperluan Qashrin, hati rasa resah kerana takut tak sempat untuk penuhkan balik bekalan kerana keadaan harian yang sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja. Tetapi di dalam hati dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana rezeki untuk anak tidak pernah putus. Terasa keberkatan dan rahmat yang diberikan olehNya kepada kami. Walaupun sesekali perasaan sedih itu ada kerana terasa berat sangat bahu menggalas tugasan sebagai ibu dan bapa kepada El Qashrin Qaisara. Namun, walaubagaimanapun terasa kekuatan dalaman dan rahmat dari Allah itu mengiringi setiap perbuataan yang kita lakukan. Alhamdullillah…

Mummy ditemani Abang Adrian. 
Sebagai ganjaran, Adrian dapat jam tangan spiderman dan Qashrin dapat jam tangan butterfly.

Topik kali ini lebih kepada tentang apa yang dialami oleh diri sendiri. Hakikatnya, Islam telah menegah kita semua untuk tidak melakukan zalim dengan sesiapa sahaja walaupun kepada binatang dan alam sekitar. Jangan zalimi ibu tunggal kali ini adalah isu yang ramai tidak pernah menitik beratkan langsung. Cerita ini lebih kepada diri sendiri atau mereka-mereka yang bergelar ibu tunggal mahupun bercerai hidup atau kematian suami.

Kenapa kita perlu menitik beratkan hal sedemikian. Dibimbangi jika kita menzalimi ibu tunggal, maka terjejaslah kemaslahatan anak mereka, lebih teruk lagi kalau mana-mana ibu tunggal yang kematian suami kerana anak mereka dianggap sebagai anak yatim. Konteks menzalimi ibu tunggal ini boleh diklasifikasikan dari beberapa segi dan cabang. Iaitu kezaliman dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telahpun sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari rezeki (nafkah), menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dan lain-lain. Entah-entah hal diri mereka sendiri, makan dan pakaian mereka sendiri pun  tak sempat difikirkan. Setiap waktu dan saat mesti ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar di fikiran ibu tunggal ini. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada pegangan agama dan Allah, mungkin perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku kerana tanpa pertimbangan akal fikiran yang boleh menyebabkan mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Sejujurnya, Mummy sendiri sebagai seorang ibu tunggal sering terlajak dalam membuat keputusan dan pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan.

Penulisan kali ini lebih kepada berdasarkan pengalaman diri sendiri yang mana dapat menginsafkan saya tentang isu kezaliman terhadap ibu tunggal sama ada secara direct atau indirect. Mereka (ibu-ibu tunggal ) ini sudah terlalu banyak dan sudah menanggung terlalu banyak tekanan. Maka janganlah berikan mereka lebih tekanan lagi. Bimbang…jika anak-anak mereka atau lebih parah lagi anak yatim pula yang menjadi mangsa apabila dijadikan tempat untuk mereka melepaskan geram dan amarah.

Kebimbangan dan kerisauan tersedik dibenak hati Mummy, apabila mengenangkan beberapa kejadian yang pernah dialami sendiri yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu mahupun secara terang-terangan atau secara tidak langsung. Perkara ini lebih membimbangkan, jika terjadi kepada ibu tunggal yang mengasuh dan membimbing anak yatim.

Kita semua sedar, dalam konteks anak yatim dan ibu tunggal, terlalu banyak dipaparkan di dalam al-Quran dan hadis di mana ayat-ayatnya menerangkan tentang larangan berbuat zalim, mengherdik, menghina dan lain-lain tentang berkenaan anak yatim.

Kalau sudah tahu bahawa berbuat dan melakukan zalim kepada anak yatim adalah perkara haram, maka tidakkah perbuataan zalim kepada  pengasuh atau ibu kepada anak yatim juga adalah perkara haram??

Semua ini adalah “inter-related” atau saling berkaitan antara ibu tunggal, anak dan juga anak yatim.

Sekadar terfikir sejenak....Apa pendapat anda?

Wallahullam....

Xoxo,
Mummy Akmar