28/08/2012

Hari Raya 2012 with El Qashrin Qaisara

Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi kerana sempat jugak Mummy nak mengarang sikit tentang sambutan Hari Raya 2012 bersama anakanda tercinta El Qashrin Qaisara. Jenuh jugak nak cari time nak buat editing gambar-gambar dari FB, lepas tu nak letak satu-satu dan dimuatkan ke dalam blog posting kali ini.

Sekarang ni, El Qashrin Qaisara sedang nyenyak tidur di sebelah Mummy. Memang susah sikit kalau dia ada. Nak usik macam-macam. Ade tadi tengah edit-edit gambar, dia pergi cabutkan wayar battery laptop Mummy yang zaman Jepun ni. Menyiarap jugak darah. Tapi sabar jelah. Dah dia nak tidur tu, dia asyik sebut "nak Mummy...nak Mummy". Terpaksa layan dia dulu, dah dekat pukul 11 mlm baru lah sempat nak menaip.

Kali ini Mummy nak share pengalaman atau cerita sepanjang perayaan sambutan Hari Raya 2012 kali ini. Kiranya kali ke-tiga Mummy sambut bersama anak Mummy ni. Alhamdullilah...posting kali ini Mummy nak berkongsi cerita dari malam Hari Raya dan juga seminggu beraya sampai hari Ahad lepas.

 Malam raya adalah suasana yang amat meriah. Nak menyiapkan juadah berbuka (beli je), lepas tu nak siapkan rendang pedas ayam (Mummy masak 3 ekor), nak susun kuih raya. Macam biasa, setiap kali Raya mesti ada air gas dan juga mercun merdeka ni. Malam tu juga diorang pasang mercun merdeka 50 das.


Inilah gambar anak Mummy. Yang bangun awal-awal pagi. Dimandikan oleh Mummy lepas tu mendengar takbir Raya. Qashrin masih tidak paham apa itu maksud Hari Raya. Muka dia ada yang blur sebab terfikir kenapa dia kena bangun awal dan tengok lain pergi ke masjid dan bersiap-siap pakai baju melayu dan kurung. *Baju Qashrin dah kene diubahsuai oleh tailor Mummy, suruh jahit buat dress, dah ler besar. Sian anak Mummy...


 Ini gambar yang sempat Mummy snap di pagi hari raya. Qashrin dan sepupu dia yang lain beratur panjang collect duit raya dari 7 adik beradik Mummy dan Pak Unggal and Aunty Dura. Banyak gambar-gambar di ambil menggunakan camera SLR Pak Unggal. Dapat ler kami bergambar famili masing-masing. Baru ingat nak pergi studio pagi Raya tu.


 Ini gambar di dalam kereta yang Mummy sempat snap. Time ni on the way nak ke rumah Opah Nyah rumah kakak Atok. Lepas tu kami pergi beraya ke 3 buah rumah lagi. Memang makan macam-macam. Walaupun amik sikit-sikit tapi rasa perut macam nak terpecah dah. Huhuhu....Sesampai je di rumah, masing-masing dah kepenatan. Bukak baju, pasang aircond dan tidur dulu. Hahaha.






 Ini gambar malam hari raya pertama. Semua dah kelaparan dan mujurlah tidak ada saudara yang datang lagi pada waktu ni. Kalau datang pun dah taklarat nak melayan. Penat dari malam raya hinggalah ke hari raya pertama. So, malam tu Pak Nek treat all of us dinner at Royal Golf Club Ipoh. Kami makan kari kepala ikan, sizzling tofu, ginger beef, bakchoy oyster sauce, sweet & sour chicken dan telur dadar. Memang rasa lega sangat sebab dah tak lalu menu lemang! Gambar makanan tak sempat tangkap. Dah penat bebenor.


Hari Raya ke-2, sempatlah Mummy snap gambar Qashrin dengan kakak tisya dan abang azran. Hari Raya ke-2 ni Mummy masak seperiuk besar kuah mee bandung untuk tetamu yang datang. 6 peket mee bandung licin. Dan kaki Mummy pon rasa nak tercabut. Petang tu Mummy terus pergi ke spa untuk Beijing Body Massage berdua je dengan Qashrin. Siapkan susu Qashrin, Mummy baring satu katil, dia baring satu katil. Memang lah urat kaki dah tegang. Malam before tu masak 3 ekor rendang pedas ayam sendiri. Hari kedua raya plak masak mee bandung. Memang nak terlerai dah kaki dengan badan. Hahaha... :P


Gambar ni Hari Raya ke-4 kot. Eh tak ingat. Yang ingat, gambar dua atas tu lunch di Royal Ipoh Club sebab masing-masing malas nak masak. So, kami amik jalan pintas makan ajer diluar. Gambar yang Qashrin terlentok tidur, waktu petang nak pergi beraya rumah Mak Der. Dan gambar yang last sekali tu. Sementara menunggu sepupu Mummy datang 4 kereta. Sebelum tu lepas Mummy berjuang di dapur memasak mee bandung seperiuk besar. Selepas hari berikutnya, Mummy masak kuah mee kari seperiuk besar jugak. Dapatlah menjamu saudara mara yang datang. Licin abis. Alhamdullilah.


Ini adalah antara gambar-gambar beraya open house rumah adik beradik Mummy. 


Dalam hari Sabtu atau Ahad, semua pun dah pulang ke rumah masing-masing. Mummy pon taktahu nak makan apa. Kami pun ke Hotel Excelsior untuk Hi-Tea Buffet. Macam-macam ada. Qashrin lah yang paling seronok berjalan satu hall. Sekarang ni, Qashrin dah pandai pilih baju. Mummy baru sahaja nak padankan tee babyGap ni dengan jeans pink. Mengamok-ngamok taknak pakai. Nak pakai jeans/khakis yang ada kolaj bunga ni. Masa hari raya pertama pon, malam nak dinner di Golf Club tu pon battle dengan dia. Menangis-nangis taknak pakai baju yang Mummy pilih. Rasa macam nak marah tapi kesian. Jenuh nak pujuk. Ayah yob siap dukung ke almari suruh dia pilih mana satu yang dia nak pakai. Barulah dia nak reda menangisnya. Mungkin sebab dia tidur petang. Ntahlah. Rasa macam beban jugak nak melayan kerenah anak. Mungkin kalau Qashrin punyai bapa, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan senang dengan ketegasan seorang bapa. Inilah cabaran seorang ibu tunggal. Nampak je biasa, tetapi nak melayan kerenah bila anak merengek pun mesti ada satu kekuatan. Kadang-kadang ternaik angin jugak tapi kadang-kadang kesian. 


Inilah cerita sepanjang menyambut Hari Raya 2012 bersama Qashrin dan family. Di pendek-pendekkan untuk dijadikan kenangan untuk tatapan Qashrin bila dia besar nanti. Kali ni dah 3 kali Mummy beraya bersama Qashrin dan famili. Duit raya Qashrin memang banyak sebab semua akan bagi bonus lebih dekat Mummy memandangkan Mummy seorang ibu tunggal. Total semua duit raya yang dikutip dekat RM600++ Alhamdulillah.

Xoxo
Mummy Akmar