30/08/2012

Selamat Menyambut Hari Merdeka - Jenuh Nak Tunaikan Permintaan Anak.

Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang ke-55 kepada semua rakyat Malaysia. Terutamanya sekali untuk pembaca dan follower blog El Qashrin Qaisara.



Mesti ramai ada cara tersendiri meraikan Hari Kemerdekaan bersama keluarga. Samada makan malam di luar atau di dalam rumah, pergi beraya open house, menonton rancangan kegemaran di televisyen dan semestinya ada yang ber-blogging macam Mummy. Sudah pasti ramai juga telah menyediakan aturcara sendiri atau bersama keluarga kerana esok satu Malaysia cuti dan tambahan cuti hujung minggu. Dengan ini, dapatlah lebih masa untuk melakukan aktiviti lain untuk menggantikan penat lelah seminggu bekerja di hari-hari yang lain.

Siang tadi, selepas balik dari kerja. Macam biasa, Opah dah suruh Mummy masak. Semalam Mummy dah masak ayam kampung masak rempah dimakan bersama telur dadar dan tadi Mummy masak makaroni goreng bersama ayam dan lobak merah. Lupa pulak nak menangkap gambar. Maklumlah, masak pun dalam keadaan ekspress sebabkan ada sikecil ini yang asyik akan panggil nama Mummy.

Sedang tengah melayari internet dan blog walking. Qashrin datang dekat Mummy disuruhnya lukis gambar ikan.
Qashrin: Mummy, lokeh gambar "fish" (lokeh = lukis, cakap dalam loghat perak)
Mummy: Dengan confidentnya melukis gambar "fish"
 

Dah lukis untuk dia sekali dia minta satu lagi permintaan dekat Mummy.

Qashrin: Mummy, lokeh "Jibra"
Mummy: Haaaa? Apa dia....
Qashrin: Jibraaaaa.......
Mummy: Apa tu? Mummy tak paham..
Qashrin: Jibra...Kudaaaa
Mummy: Oooooo, "ZEBRA"!!
Qashrin: Haaa..."Zebra"
Mummy: Okay-okay..Mummy cuba lukis.(Dalam hati alamak..macamana nak lukis gambar zerbra ni....)
Opah: Pandai jugak Mummy lukis (tengah ready nak solat isyak)


Jenuh jugak berfikir nak lukis gambar Zebra. Hahaha....Inilah hasil gambar Zebra Mummy Style....Boleh??? Janji nampak macam kuda tu jadilah dan ada belang-belang tu. Qashrin suka dan Mummy pon gembira.

Macam-macam permintaan budak zaman sekarang. Pemikiran mereka ini cepat sangat berfikir dan bertindak. Semoga Qashrin menjadi seorang anak yang pintar dan membanggakan Mummy! InsyaAllah..

Xoxo
Mummy Akmar