09/07/2012

We Are Safely Arrived Ipoh

Alhamdullilah, semalam dalam pukul 8 malam, Mummy, Qashrin dan Opah selamat sampai Ipoh dari Kuala Lumpur.


Sebenarnya Mummy terpaksa ponteng kerja atau amik unpaid leave dari hari Rabu hingga Jumaat. Sebabnya rindukan anak dara Mummy tu. Qashrin dan Opah ada dekat KL dah 2 minggu. Berjauhan dari Mummy. Apa yang menggerakkan hati nak pergi Rabu lepas sebab dengar katanya dia ada selesema sikit.

Alahai punyalah risau hati ini. Takot dia sakit teruk ke apa. Tahu lah Qashrin ni suka kasi jantung Mummy ni pecah. Hahahaha. 

Bila sampai je di K.L, Qashrin tengah tidur. Mummy gerak-gerak Qashrin bila dia tengok dia terus bangun peluk Mummy kuat-kuat melekat dekat dada Mummy dah taknak orang lain. Rasa terharu sedih pon ada. Sebab lama betul tak jumpa.

Opah terpaksa extend seminggu lagi stay in KL sebabnya lepas Ayah Yob keluar Sime Darby Medical Centre. Edry (anak sulongnya) pulak batuk lelah masuk ke Sime Darby Medical Centre pulak. Itu lah menyebabkan rasa risau lagi bila tahu Qashrin selsema. Pemedahan Ayah Yob tu Berjaya dan ada sekeping CD yang dirakam oleh Doktor Pakar untuk kenangan abadi. Hahaha…Memang lah dirakam, sebab kos operation tu adalah RM20,000. Dah bapaknya keluar, anak dia pulak masuk Hospital. Anak dia taklah serious apa pon cuma pakai Nebulizer dan juga antibiotics.

Itu yang risau sebab Qashrin bersama orang yang sakit. Takotlah berjangkit ke apa. Alhamdulillah. Sampai je KL memang nampak ada selesema nya sedikit lepas tu terus kering selsemanya. Drama Queen betul. Hahaha.
Hmm, Mummy dekat KL mcm biasa menternak lemak makan sana sini. Seafood dinner malam pertama tu lepas tu masak sendiri lepas tu makan pulak dekat uptown. Makan Makan Makan………. Ish Ish……….Opah nak sponsor Mummy pergi London Weight Management sebab teruja tengok dalam tv nak suruh Mummy kurus tapi Mummy nak buat Gastric Bypass. Sekarang ni Gastric Bypass dah popular. Ada khidmat pakar di HUKM tapi dengarnya Doktor Pakar tu dah pindah Damansara Specialist dan dia akan charge RM40,000.00 (giler mahal). Hahah macam berani je Mummy ni nak bedah perut. Sebab rasanya kalau diet-diet biasa ni dah cuba bermacam-macam kalau total up pon dah boleh buat downpayment kereta. Pergi Fitness First pon dah kecut sekejap, siap beli kasut NIKE RM400++ tapi lepas tu pindah Ipoh hold account naik balik badan, Marie France dah try, turun sekejap dalam 6kg sebab ikot plan dia. Supplement food untuk kurus cakap je apa semua dah try (Herbalife, segala pill dari Doktor). Terbaru ni, takde la baru pon dekat setahun, beli dari Lawyer sebab nampak dia dah kurus, beli beratus-ratus. Rasa tak sedap tak makan. Hahahaha. Tapi family Mummy ni mana lah makan sikit-sikit. Kalau BBQ pon 5 ekor ayam. Jadi Gastric Bypass boleh membantu untuk mengawal selera secara dalam. Tengoklah macamana. Doa-doakan supaya dapat semula body zaman-zaman muda remaja dan buang segala baby fat/post natal weight tu. Hahaha...

Nantilah Mummy upload gambar-gambar yang ada. Sekarang ni nak sort out sikit beberapa account yang terbiar 3 hari tu. Yeah..mari bekerja keras........

P/S: Rasa sakit kene bedah macammana? Boleh ke tahan sakit?

Mummy Akmar




2 Comments:

Hidayah Bach said...

abis segala ubat kurus tu buat apa sudahnya..?

hehe...

mmy qashrin nih byk duit..
boleh beli anytime je..

:D

Mummy Akmar said...

ubat kurus tu ada berkesan tapi lepas tu naik balik sbb tak control. Mostly ubat kurus doktor ni semuanya kawal jantung dgn cara naikkan metabolisme buat kita berpeluh, blur blur katak, rasa nak makan tapi tak nak makan...tutup selera..

ada yang abis ubat tu ada yg tak abis...

Opah mmg support makan benda mcmni tapi taklarat dah..

nak operate je dah..senang..tapi berani ke Mummy Qashrin ni? Cakap je lebih..tapi kalau cost 40k..takpelah..simpan je niat dalam dalam sbb dari potong usus perut baik bercuti ke downpayment rumah ke...

sbb ada dengar dekat HUKM less than RM6k diorang ada buat...daripada ke London Weight Mgmt..baik operate je...Hahahaha.....Eh entah lah dayah oi...

Post a Comment