03/07/2012

Persiapan Hari Raya 2012 - Inspirasi Kediaman

Setiap kali Raya, mesti kita akan sibuk menyediakan persiapan hari raya seperti kuih hari raya, baju raya, perabot raya, set pinggan mangkuk raya, balang kuih raya dan bermacam-macam lah semua nak diperbahrui. Tak salah kalau kite set kan satu target dan impian nak beli sesuatu dan kumpul dari awal tahun. Yerlah bila kita bekerja, semestinya kita nak tengok hasil titik peluh kita dari Isnin - Jumaat dari 8.00am - 5.00pm. Bila kita bekerja mesti kita nak sesuatu untuk "reward" atau hadiahkan pada diri kita sendiri. Tak kisah lah untuk personal use atau pengunaan peribadi atau untuk rumah dan keluarga.

Kali ni Mummy nak share beberapa gambar yang Mummy research sikit untuk idea persiapan rumah untuk Hari Raya 2012. Konsep yang Mummy dapat ni ada dua, satu nya konsep Timur Tengah/Middle East dan juga English Rose yang penuh dengan kaler Pink/Merah Jambu (my fav colour). So, agak-agak nak ubah-ubah sikit keadaan rumah uoll semua, boleh la amik contoh dari sini. Mungkin idea mengambung kan dua jenis konsep atau tema pon boleh. Mungkin sekarang ada yang guna konsep moden boleh juga di tambah lampu gantung atau lampu meja yang berkonsepkan Timur Tengah. Atau dengan konsep moden yang ada, boleh juga tambah kelembutan dengan warna pink dan letak satu jambangan bunga Rose Pink untuk melembutkan suasana di ruang tamu. Mungkin ada yang sudah ketengah kan konsep ni tapi nak tukar wall paper ke, menukar cat dinding rumah ke pon boleh ambil idea-idea ni.

Cuba tengok contoh gambar-gambar di bawah.

Middle East Inspired Home Design (Baby Blue)

English Rose Inspired Home Design (Pink & Pastel)

Source: Martha Steward, Absolute Beautiful Things

Semoga, Mommies dan reader di luar sana dapat ilham untuk mendesign rumah masing-masing dan memeriahkan Hari Raya 2012. Kan? Selamat mencuba

Xoxo,
Mummy