17/07/2012

Pengalaman Sendiri untuk Tips Kehamilan dan Rawatan Kesuburan (Part 2)

Kini ramai pasangan yang berusaha bermacam-macam kaedah untuk mendapatkan cahaya mata. Ada yang telah berusaha sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Ada di antaranya berjaya dan ada juga tidak dapat atau lebih tepat lagi belum ada rezeki. Mummy telah mendapatkan rawatan perubatan dari pakar Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Hamid Arshat seperti di posting yang INI



Kali ini Mummy nak berkongsi secara details tips kehamilan yang di amalkan sendiri waktu dulu. Sepanjang 2 tahun pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan hanya semata-mata untuk mendapakan anak pertama Mummy dan bermacam-macam tips kesuburan, rawatan, petua & doa untuk mudah dapat zuriat diperolehi dari buku panduan ini.



Beberapa amalan yang dapat dikongsikan seperti berikut:

1. Minum Susu Di Awal Waktu Dan Malam
Anda boleh praktikkan meminum susu di awal pagi sebelum kerja dan di waktu malam. Minumlah susu ini bersama-sama. Agar nutrien dapat diserap oleh kedua pasangan suami isteri

2. Amalkan Memakan Madu Di Waktu Pagi
Ini adalah amalan yang baik yang diamalkan sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W kita. Seeloknya makan madu dengan sudu kaca atau sudu plastik. Mana-mana madu asli adalah baik untuk kesihatan badan kita.

3. Makan Buah-Buahan Segar
Makan buah-buah semula jadi adalah lebih baik daripada mengambil supplemen berbentuk pil. Ia juga mempunyai serat yang tinggi dan vitamin tertentu yang elok untuk badan. Bagi para suami yang didiagnos mengalami LOW SPERM COUNT, seeloknya makanlah buah-buahan seperti epal dan oren. Kajian telah menunjjukkan bahawa buah-buahan ini dapat meningkatkan kadar sperma anda.

4. Amalan Mengurut Cara Tradisional
Ini adalah amalan optional bagi wanita yang ingin melakukannya. Untuk urutan peranakan di ari-ari, pastikan anda tahu kebolehan dan kepakaran tukang urut tersebut. Bukan itu sahaja urutan badan juga dapat mengurangkan ketegangan, menenangkan dan menjalankan peredaran darah.

5. Posisi Kedudukan Selepas Bersetubuh
Pastikan selepas anda bersama dengan pasangan anda. Letakkan bantal di bawah punggung untuk memastikan cecair sperma itu tidak terkeluar dari lubang faraj. Ini adalah nasihat orang-orang tua juga adalah amalan optional.

6. Ambil Ubat Kesuburan Yang Betul
Sekiranya anda telah membuat pemedahan dan masih dalam rawatan. Pastikan anda makan semua ubat yang diberi oleh doktor dan mengikut jadual yang diberikan. Rawatan kesuburan ini memerlukan pasangan suami isteri dispilin mengikut jadual untuk pemakanan ubat dan waktu bersama yang ditetapkan oleh doktor anda.

7. Ambil Anak Angkat
Ini adalah optional juga. Ambil anak angkat ini bukan bermakna anda perlu mengambil anak tersebut dan tinggal sebumbung dengan mereka. Sebagai contoh, layan anak-anak buah atau jiran dengan melayan mereka seperti anak anda sendiri. Antaranya, membeli barangan permainan, belanja makan atau apa sekali pun. Kajian ini telah terbukti apabila anda cuba membuatkan diri anda seperti ibu, secara tidak langsung, sifat keibuan anda terserlah dan pertukaran hormon akan berlaku. Ia juga merangsangkan minda dan organ badan anda lebih-lebih lagi rahim anda.

8. Cari Hobi Baru
Anda dan pasangan mungkin akan mengalami tekanan dari segi emosi dan perasaan pada setiap bulan dari keputusan ujian kehamilan. Tolakkan perasaan itu seketika dan nikmati kehidupan. Pilih hobi baru yang dapat merapatkan anda berdua seperti menanam pokok bunga dan lain-lain. Ini juga dapat menyalurkan fokus anda seketika untuk tidak mengharapkan yang isteri anda akan hamil.

9. Amalan Kerohanian.
Amalan ini amatlah digalakkan. Sebagai contoh kita bersedekah dan berniatlah di dalam hati apa yang dihajati. Sedekahlah buah-buahan atau makanan di masjid atau di mana-mana sekali pun. Tidak lupa juga amalan seperti membaca surah-surah dari Al-Quran. Serta ambil peluang di bulan Ramadhan terutama sekali di damalam LailatulQadar untuk memohon dan berdoa kepada Allah apa yang dihajati.

10. Bersabar 
Bersabarlah dengan setiap dugaan. Setiap pasangan suami isteri akan diberikan rezeki tertentu di dalam ketentuanNya. Berdoa banyak-banyak. Jangan hiraukan kata-kata orang lain dan terimanya dengan penuh hikmah.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan bagi pasangan suami isteri yang telah berusaha untuk mendapatkan anak. Lakukannya dengan yakin dan bersabar. Yakin dan percaya usaha itu tangga kejayaan dan ketentuan Allah S.W.T

Xoxo
Mummy Akmar


5 Comments:

Rai said...

agreed..pemakanan sihat memang sangat sangat penting bagi mereka yang nak concieve kan.. kalau berat badan berlebihan pun akan menyebabkan masalah kesuburan dan akibatnya susah nak pregnant.. most of the time saya suggest org turunkan berat badan dulu sebelum try apa2 ubat kesuburan..

madu tu pulak tambahan..lagi bagus kalau tambah makan royal jelly dengan bee pollen..effectnya akan lebih baik lagi..

Mummy Akmar said...

Pada pandangan saya, Pasal berat badan ni..setengah Doc suruh turun kan berat.. tapi setengah Doktor ckp bukan pasal berat badan juga..ikot pada tahap kesihatan hormon dan juga keadaan rahim kita.

Ada je orang obese yang beranak tak henti2.. tapi ada je orang kurus slim macam model usaha bertahun2 nak anak tapi tidak dapat..

Anonymous said...

salam mummy akmar,
saya ija dr kl...thanks untuk info ni..saya dlm proses nak tambah second baby...wish me luck ye..

Mummy Akmar said...

Wslam Ija!

Thanks datang blog Mummy.

Mummy doakan semoga dipermudahkan olehNya untuk anak kedua.

Good Luck Okie!

Take Care

haidar said...

Posisi Kedudukan Selepas Bersetubuh ini sangat membantu sperma untuk masuk ke indung telur itu sudah dipraktekkan oleh istri saya dulu, terima kasih sudah berbagi

Post a Comment