21/07/2012

Pengalaman Sebagai Ibu Tunggal Melahirkan Anak dan Berpantang di Bulan Ramadhan

Qashrin dah nyenyak tidur. Mummy still surfing the net, tengok blog Mummy ni, tengok Facebook dan bersaing komen dengan kawan-kawan Mummy di Facebook. Sedang-sedang tu Mummy tengok gambar-gambar lama. Mummy tengok folder gambar pertama kali El Qashrin Qaisara di lahirkan. Waktu itu, rasanya 1 minggu dah nak dekat bulan Ramadhan 2010. Banyak peristiwa-peristiwa manis dan pahit dilalui.


El Qashrin Qaisara dilahirkan pada 28 July 2010. Dalam usia kandungan hampir 9 bulan, memang tak sabar-sabar nak tengok anak yang dikandungkan selama ini seorang diri tanpa suami disisi. Bila tengok kembali gambar-gambar di Hospital Pantai Ipoh, sewaktu sebelum masuk dewan bedah. Mummy rasakan Mummylah orang yang paling kuat. Keadaan pada waktu itu sangat tenang sekali. Perasaan untuk melihat anak Mummy dalam perut tu memang tak sabar. Pada hari kelahiran El Qashrin Qaisara, Mummy cuba bertanya dengan Dato' Ranjoth, boleh tak bawa my mom (Opah) masuk sekali. Dato' kata, dia tidak ada masalah untuk benarkan Opah masuk ke dalam dewan pemedahan cuma nanti di sana ada seorang yang kawal untuk memastikan dewan pemedahan ini keadaan yang baik. So, Dato' Ranjoth pon menanyakan hal ini tetapi malangnya, tidak dibenarkan.

Mummy dinasihatkan supaya admit di Hospital 1 hari awal untuk "observation" / pemerhatian disebabkan nampak di ultrasound 2 lilitan tali pusat ditengkok Qashrin, tetapi tidaklah lilitan itu terbelit cuma risau sahaja. Sebab kadar pernafasan dan denyutan jantung baby di dalam perut stabil dan normal.

Pada hari pemedahan, Mummy cuba selindung rasa takot atau gentar dihadapan Opah dan yang lain. Mummy banyak dapat sokongan dari family dan juga kenalan rapat di Facebook. Tidak henti mereka memberi sokongan pada Mummy, mendoakan dan mengucap perkara-perkara baik untuk Mummy. Kekuatan pada waktu itu adalah perasaan ingin melihat anak. Kekuatan yang buat Mummy lebih kuat adalah dengan zikir yang tidak putus-putus. Nama Allah, Subhanallah, selawat ke atas Nabi, Ayat Al Kursi tidak pernah putus dizikirkan di lidah. Seawal 7 pagi Mummy sudah siap sedia bertukar baju. Kerana 8.30am itu adalah waktu pemedahan. Tepat 8.30am, katil dari bilik wad dah menyusung keluar untuk ke bilik pemedahan. Perasaan takot itu semakin membuak-buak. Mummy kuatkan semangat. Pada waktu itu, Mummy terasa macam hidup dan mati. Terasa hanya dengan Allah sahaja tempat Mummy bergantung. Mummy seorang diri di waiting room sebelum ke Operation Theater. Yang ada pada Mummy waktu itu adalah Accutehaler Seretide ubat lelah Mummy incase kalau diperlukan. Mummy gengam kuat-kuat alat tu sebab perasaan takot dah mula ada. Memang zikir itu tak pernah henti dimulut Mummy.


Di dalam dewan bedah, Mummy bersama pakar bius, pembantu pakar bius, seorang pembantu Dato' Ranjoth dan juga 2 orang sedang mengira peralatan bedah. Mummy duduk di atas katil yang terletak di tengah tengah dewan bedah. Pada waktu itu, Mummy dah tidak boleh nangis dan rasa takot. No turning back! Just ikut sahaja apa yang dikehendaki oleh mereka. Pada mulanya pakar bius menjalankan tugasnya cucuk di tangan untuk drip dan juga bius separuh badan. Bius badan tu sangat scary sebab beberapa kali cucuk barulah betul tempatnya. Tiada kata lain selain "Allah Allah Allah" yang terkeluar dari mulut Mummy ni. Dato' Ranjoth pon sampai, pegang di bahu Mummy dan senyum kata "Dont worry, you are in safe hands".

Mummy takot sebenarnya Qashrin tapi Mummy terpaksa hadapi semua ini. Demi untuk melahirkan awak! 

Menurut keluarga, pemedahan mengambil masa 4 jam. Memang pemedahan ini amat mencabar. Setelah El Qashrin Qaisara selamat dilahirkan (Alhamdullilah). Dato' Ranjoth, berusaha untuk mengurangkan pendarahan. Menurut Dato' Ranjoth, beliau terpaksa mengoyak dinding rahim kerana terdapat blood vessel atau pembuluh darah yang tebal di pintu rahim. Beliau terpaksa klip setiap pembuluh darah. Kata beliau Mummy kehilangan darah  tetapi tidaklah banyak. Pada waktu itu, Mummy tahu ada sesuatu perkara yang tidak kena. Sebab dalam waktu yang sama, pakar bius bersembang-sembang dengan Mummy dan sambil-sambil tu dia intai ke hadapan dan menanyakan soalan "is this previa cases Dato?" tapi jawapan dari Dato' Mummy tak dengar. Pakar bius tu hilang sekejap. Rupanya dia pergi ke bilik lain untuk tengok Qashrin. Qashrin keluar dari perut dalam keadaan yang senyap sahaja. Semua orang senyap. Dan sekembalinya pakar bius tu. dia ckp "baby well cried". Seolah-olah memberitahu keadaan anak yang dilahirkan baik. Qashrin di tarik menggunakan forsep disebabkan penuh dengan tindihan pembuluh darah tebal dan juga tali pusat di tengkok. Waktu itu, Mummy kesejukan. Kesejukan yang teramat seperti ditanam dalam salji. Sejuk yang melampau. Dalam keadaan yang tidak boleh bergerak. Tangan dua-dua terpaksa dilebarkan dan jugak kesejukan itu membuatkan sampai bibir dan badan Mummy menggigil. Ya Allah...takot sangat. Pembantu pakar bius kata, "kalau dah terasa sakit beritahu yea". Lagilah takot kan? 

Bibir Mummy menggigil kesejukan yang melampau. Sambil bertanya-tanya dengan Dato' soalan seperti "Dato', I am so cold" (sambil menggigil-gigil). Tapi pakar bius jawab "Dont worry. Now, your spinal sekarang berfungsi separuh sahaja, itu pasal you akan rasa sejuk". Pada waktu itu, Mummy tanya lagi. "Dato' I can feel your hands inside my tummy:. Suara mengada Mummy mula keluar bila Mummy cakap "I'm scared and I feel the painnnn". Bayangkan, jenuh Doktor-doktor tu nak tenangkan Mummy. Haha Kelakar pon ada kalau diingatkan. Dato' pon replied, "you didnt feel the pain but you just feel uncomfortable". Tapi Mummy tengok pembantu bius tu masukkan lagi ubat apa pon tak tahu dekat tiub di tangan tu. 

Dalam keadaan, menggigil dan Mummy dah bercakap-cakap. Mungkin sebab diorang cakap dengan Mummy sebab taknak Mummy tidor kot. Entah lah. Pada waktu Dato' tengah korek-korek perut. Nurse datang tunjjuk Qashrin dekat Mummy. Dalam menggigil kesejukan tu Mummy sempat ckp "Assalamualaikum Sayang, welcome to the world. Sayang anak Mummy" (Nurse tunjjukkan kemaluan baby untuk memastikan ini adalah baby girl). Keadaan Qashrin pada waktu sedang nangis "Uwweekkk uweekk" (Nangis sebab bertukar keadaan dari dalam perut ke dunia yang nyata) Mummy masih ingat muka Qashrin menangis hingga ke hari ini. Pada perasaan melihat Qashrin, Mummy dah tak rasa takot dan sakit. Mummy hanya nak Dato' cepat selesaikan pemedahan ini sebab dah terlalu happy tengok Qashrin!

Sesudah selesai pemedahan. Dato' datang ke Mummy dan cakap "Do not worry, everything is fine. I will explain later what had happened to you". Mummy dipindahkan ke waiting room. Sebanyak 4 hot blanket diletakkan atas Mummy as I keep saying that my whole body was too cold. Dalam sejam lepas itu, Mummy dah terasa kuat sikit, Mummy cuba panggil nurse disitu dan tanya "Bila boleh saya balik ke bilik?" sebab Mummy tak sabar nak tengok, nak peluk, nak cium anak Mummy!!

Alhamdullilah. Semua dah selesai.

Perkara kedua yang Mummy kena tabah lalui adalah melihat Qashrin diqomatkan oleh Y.Bhg Ustaz Yusoff. Ya Allah... merdunya suara ustaz. Ustaz Yusoff, bilal Masjid Negeri Perak. Opah dan Mama Achik selindung di balik langsir menangis teresak-esak menyorok taknak Mummy nampak. Atok menahan tangisan. Waktu tu, Mummy hanya nak Qashrin diqomatkan dengan sempurna dan secara tak sengaja perasaan sedih itu hilang. Pada mulanya, Qashrin cuba nak nangis. Mungkin Qashrin nak Mummy peluk ke? Tetapi sewaktu Ustaz Yusoff azankan Qashrin, Qashrin terus berhenti menangis dan diam. Mendengar laungan Qomat tu. Waktu itu, hanya beberapa orang sahaja Allah dah tetapkan untuk melihat keindahan Qashrin diqomatkan. Opah, Atok, Mama Achik dan Mummy. Kami semua sedih kerana nasib El Qashrin Qaisara. Sejak dia wujud di dalam rahim, ini lah bahagiannya. Dia juga dilahirkan tanpa bapa disisi. Tapi bersyukur bukan calang-calang orang yang mengqomatkan Qashrin. Itu Sebab kami semua sedih. Nak dijadikan cerita, selepas itu barulah semua keluarga Mummy datang riuh satu bilik datang melawat Mummy dan juga menjamu selera. Bilik Mummy dah tak macam wad. Dipenuhi dengan belon helium dan makanan. =)


Qashrin, ingatlah saat Mummy lahirkan awak. Mummy mengandungkan Qashrin seorang diri. Mummy kuat lalui setiap fitnah yang dilemparkan pada Mummy dan kandungan Mummy waktu itu. Dalam kekuatan itu, Mummy tahu Mummy salah kerana untuk menguatkan hati dan perasaan. Mula timbul perasaan marah yang membuak-buak terhadap orang yang memfitnah tu dan keluarganya dan membuatkan Mummy tak dapat mengawal perasaan marah Mummy. Mummy menangis di setiap waktu solat. Mummy nangis berdoa supaya Allah kuatkan perasaan dan kandungan Mummy. Mummy selalu berdoa "Ya Allah, lindungilah kandungan ini dari perasaan marahku. Kuatkan diriku untuk menghadapi semua ini" Alhamdullilah, Qashrin lahir memang senang dijaga. Qashrin adalah anak zikir. Zikir tanpa henti dimulut. Boleh dikatakan 2000 sehari Mummy berzikir dan juga Mummy selalu suruh Opah bacakan Ayat Kursi di dalam air untuk diminum.


Baby on the way....

Shower me baby shower me love 

The arrival of El Qashrin Qaisara 

Majlis Aqiqah & Cukur Jambil El Qashrin Qaisara

Nanti, Mummy ceritakan lagi pengalaman berpantang di bulan Ramadhan......

Xoxo
Mummy Akmar


22 Comments:

Hidayah Bach said...

sedih la...!
:(

Mummy Akmar said...

dayah =(

Ummi Hanie said...

baby zikir... masyaallah

ok next time sy nak baca lagi entri2 lama utk kenal puan blog lebih lanjut... nak tanya, takut tersinggung... salam kenalan juga dr ummi hanie ye ;)

Mummy Akmar said...

Salam kenal Ummie!

Kalau awak nak baca entry lama tengok dekat Archive dan juga MummyQashrin Top Articles..Ready dengan tisu yer.. =)

akubiomed said...

Terima kasih melawat blog. Bukan mudah hendak patahkan tomahan orang yang tidak tahu hujung pangkal.

Mummy Akmar said...

=(

CikOdah Gebu said...

Salam Ramadhan buatmu , bersabarlah ye sedih CikOdah baca. CikOdah follow disini ye

~YUN~ said...

Sis,sedihnya yun baca,btw Qashrin same birthday dgn my sin,afif,just beze setahun je..b strong sis!u r such a strong mummy!take care.. **hugsss**

Kulanzsalleh said...

Assalamualaikum,
Jadi ibu tunggal semasa melahirkan merupakan cabaran dan pengorbanan yang cukup besar.. semoga terus tabah..

Mummy Akmar said...

Salam Ramadan... Thanks for reading n follow blog mummy...

Mummy Akmar said...

Thanks yun! .... Hugss n kisses to ur son

Mummy Akmar said...

Wsalam...
Alhamdullilah....insyaAllah... Amin

balimbang.com said...

Salam Ramadhan...semoga dilimpahkan rahmat dan barokah dibulan yang mulia ini..InsyaAllah

Mummy Akmar said...

Terima kasih..Amin

JebengOtai™ said...

salam ramadhan, dan selamat berpuasa..

kuat kan hati dan tabah dgn dugaan :)

My Destiny said...

Semoga Mummy Akmar tabah dlm mengharungi liku2 hidup.. x sume org bole menghadapi dgn tabah.. stp org ujiannya berbeza...

salam perkenalan dr saya jg...
http://mustasya.blogspot.com/

Mummy Akmar said...

Thanks JebengOtai

Mummy Akmar said...

Terima kasih!

Kakzakie said...

Semangat kental Akma buat kakak terharu dan doa kakak mengigingi moga Qashrin membesar jadi anak yg solehah.

Sabar dan teruskan kehidupan dik. Selamat berpuasa dan salam kenal juga dari kakak. Kakak follower ke 49.

titan said...

apsal mata ni banyak plak pasir ye hari ini..

Mummy Akmar said...

Titan nak tissue ke? Mummy ada byk ni

Mummy Akmar said...

Terima kasih diatas doa Akak tu. Alhamdullilah segalanya saya harungi dengan tabah dan tenang untuk membesarkan anak seorang tu.

Thanks follow Akma..Selamat Berpuasa pada akak sekeluarga!

Post a Comment