17/07/2012

(Resipi) Our Simple Dinner - Apple Burger!

Harini memang tak de mood sangat, tak tahu mengapa. Hmmm. Tadi lunch dekat rumah sampai-sampai je, Qashrin tunggu depan pintu sambil tanya "mana tategen?", Mummy cakap "nanti Mummy beli lepas balik kerja". Abis sahaja pukul 5ptg terus balik rumah. Hujan selebat-lebatnya. Singgah sekejap kedai depan ni beli Tategen "Vitagen" untuk Qashrin.Sampai sahaja di rumah, tunjjuk Qashrin 2 pack Vitagen, menjerit seronok dia. Jerit sambil tersenyum tangan di mulut. Macam surprised sangat. Hahaha..Kelakar lah pulak bila teringat balik. Tiada perkara yang lebih gembira tengok anak sendiri gembira mcmtu. Sejuk hati Mummy.

Malam pun tak tahu nak dinner apa. Boring dah makan nasi. Smalam lunch Nasi Beriyani Ayam then dinner pulak Haiwaian Chicken Pizza dari Pizza Hut. Tadi pulak lunch dah Nasi Ayam Fauziah tu. Malam macam ni teringin pulak nak makan burger. So, apa lagi bukak peti ais tengok apa yang ada. Burger ni special sikit sebab ada apple di dalamnya. Sedap tau!

Jom tengok resipi yang simple kali ni.

 Masa tengah memasak di dapur, Qashrin dah siap-siap bawak kawan-kawan dia (teddy and spongebob sebab baru dapat tu memang berkepit doplohpatjam ler) susun atas kerusi join untuk dinner. Opah letak dia atas kerusi dia dan beri sebotol Vitagen. Suke sangat lah tu

 Ini Qashrin punye, Egg Benjo, sapu sedikit mayonaise dan juga tomato sos.

 Yang ini, Mummy punye, burger daging, sehiris epal hijau, tomato, sapuan mayonaise dan juga cili sos. 

 Kan best kalau ada cheese!! Nyump!

Tengok si kecil ni, suke sangat makan Egg Benjo Mummy masak. Sekarang ni dia tengah lena tidur kekenyangan. Hihihii...

Itulah resipi simple Mummy. Hahaha bukan resipi pon. Tambahkan epal je gantikan Timun. Cubalah!

Xoxo
Mummy Akmar


2 Comments:

Rai said...

macam menarik je..tak pernah try lagi letak apple ganti timun..anak2 saya pun suka telur.. tapi kalau burger diorang suka daging..

Mummy Akmar said...

memang menarik..kalau nak best lagi Rai, u goreng telur kire kasi burger special sikit, letak cheese..Omm Nom Nom...Hahaha

A ah bebudak suka daging.. I selalu makan Burger Ayam konon2 kurang lah sikit lemak.. tapi malam tadi macam nak Burger Daging...

Nanti cubalah letak Green Apple! Hihi..

Post a Comment