23/07/2012

Mahkamah Syariah Ipoh - Kes Eddah, Mutaah dan Nafkah Anak

Pagi ni Mummy cuti sebab tadi baru lepas sahaja balik dari Mahkamah Syariah Ipoh. Kes kali ini adalah untuk sambungan keterangan dari Mummy untuk kes mutaah, eddah dan nafkah anak yang Mummy file kan di mahkamah rendah.


Mummy sahaja yang pergi ke Mahkamah Syariah Ipoh tanpa ditemani oleh sesiapa. Opah dengan Qashrin pergi Masjid As-Syakirin untuk tadarus Quran di bulan Ramadhan. Opah nak teman tapi Mummy cakap takperlah biar Mummy pergi sorang sahaja. Taknak susahkan Opah nanti pulak nak bawak Qashrin. Kesian kepada mereka.

Kes kali ini adalah untuk sambungan keterangan dari Mummy yang di soal oleh lawyer syarie, Puan Noran Abu Bakar lawyer Mummy sendiri. Alhamdullilah, penerangan untuk kes mutaah telah selesai sebelum ini. Mutaah yang Mummy minta adalah RM$$,$$$.$$. Pagi-pagi lagi, kami dah ada short discussion untuk sambungan kes eddah tempoh hari. Kes kali ini lebih banyak kepada apa yang Mummy dah spent for 9 months.

Kali ini resit-resit yang dikumpul oleh Mummy akan di tender ke Hakim seperti kes mutaah yang lalu. Di mahkamah tadi, kes dimulakan dengan pindaan nafkah tertunggak kepada nafkah/perintah nafkah anak seperti dinasihatkan oleh mahkamah.

Hakim yang adili kali ini memang garang. Bukan calang-calang hakim. Memang dah dipesan oleh Puan Noran. Ada beberapa kali kes sebelum ini yang di handle oleh Puan Noran, katanya Hakim akan beri peluang dan lepas itu di teruskan sahaja dengan mengambil penjelasan dan dokumen oleh satu pihak.

Macam tadi, kes sebutan sahaja dijalankan. Dan kes sambungan penerangan, tender resit dan dokumen lain di tunda ke satu tarik iaitu 1 Ogos 2012 kerana lawyer pihak Defendan tidak hadir. Menurut hakim, "jika tarikh depan dia tak datang saya akan jalan kan jugak hanya berpandukan apa yang di beri oleh pihak Plaintif. Sebab kes ini sudah lama". Alhamdullilah.Bagus betul dapat Hakim yang seumpama ini.

Puan Noran, pada awal nya telah memberitahu pada mahkamah yang beliau telah pun memberitahu lawyer pihak defendan (namanya Nahar). Nahar ni diwakili oleh Masyitah dan Maisyarah. Kata Puan Noran lagi pada mahkamah, yang beliau telah pun memberitahu Nahar untuk kes pada hari ini Isnin dan waktunya dan juga tentang pindaan untuk Nafkah Anak itu. Tetapi jawab Nahar, dia belum dapat apa-apa lagi.

Setelah meneruskan kes sebutan dan menetapkan satu lagi tarikh yang lain. Puan Noran cuba terangkan concern dia jika bagaimana nanti kes depan yang akan datang wakil dari pihak defendan atau defenden sendiri tidak hadir. Hakim pun berkata "saya tetap akan teruskan kes ini dan terima apa sahaja dari pihak plaintif untuk keputusan"

Saya tidak paham apa sebenarnya niat dalam hati bekas suami. Kes ini diambil tak endah. Lawyer nya pon tidak mewakilinya. Bagi saya, saya lebih senang dan selesa jikalau kes ini dilangsung dan ditamatkan dengan sempurna dan cepat. Dan dia sendiri boleh menilai apa yang saya minta itu dari resit-resit yang dikemukan setelah apa dia tinggalkan Mummy dan kandungan ini tanpa sesen pon. Tetapi tidak ada langsung secebis dalam hatinya untuk menyelesaikan kes ini dengan sempurna. Apatah lagi untuk kes hak jagaan anak tu. Jika semua ini selesai, dua-dua pihak dah takperlu nak fikir lagi tentang kes penceraian yang dah berlalu 3 tahun lepas dan juga hanya perlu jalankan tanggungjawab masing-masing sebagai bapa dan ibu kepada El Qashrin Qaisara.

Apa yang boleh Mummy buat hanyalah perbanyakkan berdoa. Mummy tahu di dunia dia boleh terlepas, dia boleh lari ke sana ke sini. Tetapi ingat di akhirat kelak. Tidak akan terlari dari setiap apa dia pernah lakukan semua itu akan di adili. Moga-moga dia dapat petunjuk dan rahmat dari Allah SWT.

Semua ini adalah untuk El Qashrin Qaisara. Setelah dihalau keluar rumah kelamin sendiri, satu apa pun Mummy tak amik dari rumah itu, dah pulak tu mengandung, difitnah menipu kandungan, mengandung bukan benihnya, Mummy ni bomohkan dia dan bermacam-macam tomahan. Mummy hanya nak yang terbaik untuk El Qashrin Qaisara. Duit yang Mummy fight kan ini adalah untuk kebajikan dan masa depan Qashrin dan juga ini adalah hak Qashrin yang Allah dah tentukan. Mummy dan Qashrin berhak untuk dapat. Semoga Allah permudahkan perjalanan kes ini dan semuanya.

Amin!

Xoxo
Mummy


35 Comments:

Rai said...

semoga urusan ni dipercepatkan dan dipermudah kan.. bagus kalau dapat hakim yang tegas macam ni.. banyak kes tertangguh sbb satu pihak sambil lewa manakala hakim pun tak tegas..bila tak datang tangguh tangguh..sudahnya yang terseksa adalah pihak yang menuntut dan anak2..

Mummy Akmar said...

terima kasih Rai. Amin!..

Alhamdullilah..saya hanya mampu melalukan apa terbaik demi anak.

InsyaAllah, apa yang kita lakukan demi kebaikan pasti ada jalannya dari Allah SWT.

Amin

Hidayah Bach said...

moga selesai semuanya dengan baik dan kemenangan dipihak mmy qashrin.
insya Allah.

Mummy Akmar said...

thanks dayah! amin!

Anonymous said...

Salam Mummy Akmar,
U seemed very happy from your pictures with lil darling El Qashrin Qaisara, without myself knowing what happened to you all these while!
InsyaAllah Akmar, Allah maha adil.. jgn putus asa berdoa..moga terus mendapat petunjuk, kekuatan, keteguhan iman & yang penting kebahagian bersama that lil darling of yours :) Love, Hanani MMU

Mummy Akmar said...

Nani!!!!

Thanks for your prayer. Amin Ya Rabb!

A ah. I still remember on your wedding day. We are supposed to attend ur wedding in Kajang. But that time my marriage was dalam keadaan yang teruk.

By the way, thanks for ur comment..keep support me by reading my blog.

Love from Us

Anonymous said...

Mummy Rayyan

I doakan semoga dipermudahkan segalanye for both u n qashrin..ichin x bgn sahur sekali ke? ke dia pn same berbuka time org berbuka, hehehe..Rayyan kelmarin bgn sahur sekali pastu x nk sleep, adoiyaiii..tp syukur dia x kaco mase org nk berbuka...

Mummy Akmar said...

Terima kasih Aby! Amin

Ichin bangun bersahur on the first day tu...nak makan nasi jugak..dulu last year dia bangun mintak farley. Hihi..

Tapi lepas tu dia nak tidor..nasib baik..jenuh jugak kalau dia tak tidur kan..

Rayyan excited nak berpuasa jugak tu hehuehueh

Anonymous said...

Akmar..
Ape pun jd semua ade hikmah...
Aku always doalan yg terbaik utk engkau n qashrin...
Hope semua berpihak di belah engkau...
Sabar N Tabah Hadapi Semua Dugaan Ni...
Engkau Kuat Sampai Ke Tahap Nie...
Aku Yakin Engkau Kuat Utk Hadapi Dugaan Ini...
Hugs N Kisses Utk Qashrin...

Mama Izza N Kaka Nena

Mummy Akmar said...

Izza..

Thanks..

Hugs n kisses for Nena too! Mwahs

Denaihati said...

askm dan salam ramadhan. semuga dipermudahkan semua urusan yg juga ujian besar juga, insyaAllah

Mummy Akmar said...

wslam!

Terima kasih DH!

Anonymous said...

Mummy Rayyan

Akmar dia bkn excited nk berposa same tp sibuk nk main car la motor dia la, wat pkul 5am mcm pkul 5pm *pitamsss* syoknye tgk ichin makan, Rayyan ni apepn x nk mkn, i dh x tau nk kasi dia makan ape..harapkan dia minum susu jela pastu beli vitamin pn dia x nk makan nasib scott emulsion dia x tolak..badan dh makin kuwus *nanges*

Mummy Akmar said...

Kanak-kanak yang nak membesar kalau active mmg turun berat. Dulu risua kan Qashrin..sebab slalu sakit..tapi skrang alhamdullilah sejak pakai susu pediasure n selera makan dia non stop. I tengok bdn anak I dah buntal...perot dah boroi! hahaa..seronok tgk dier..
cuba tukar susu.. mcm pediasure dia mmg sesuai utk picky eaters. tapi anak i ni susu pon dia telan..makan pon laju! semua dia nak...

aReLaN said...

moga dipermudahkan urusan ye.besar ujian ALLAH tu tapi ingatlah ALLAH hanya turunkan ujian yang hamba-NYA mampu lalui je kan.salam ramadhan

Mak Lagenda said...

Salam mummy akmar..salam perkenalan jua dr mak lagenda!! Im so hepi dpt kenal sorang lg kwn baru. :)

Moga2 semua kesulitan mummy ini akan diangkat pergi oleh Allah dan mummy tetap kuat harungi semua dugaan ini demi anak mummy okey.

Mummy Akmar said...

terima kasih.. Amin

Mummy Akmar said...

Wslam..Salam perkenalan juga..

Mummy pon happy sebab Mak lagenda datang sini..

InsyaAllah...terima kasih diatas doa itu.. Amin Ya Rabb!

budak felda said...

salam ramadhan....
semoha apa yg diperjuangkan oleh mummy akan diberkati...kita sama mendoakn yg terbaik utk mummy :)

Mummy Akmar said...

salam ramadhan kembali..

Terima kasih diatas doa budak felda..Amin..!!

Thanks

chii said...

salam mummy...
semoga segalanya dipermudahkan...insya allah...

Mummy Akmar said...

Salam...

Terima kasih.. Amin!

daddydee said...

Salam mummy.

Harapnya semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Doa orang yang teraniaya sememangnya makbul disisi Allah swt.

Mummy Akmar said...

Wslam Daddycool!

Amin...

Nini Mohd said...

semoga dipermudahkan. amin..

Mummy Akmar said...

terima kasih .. Amin!

Anonymous said...

Mummy Rayyan,

Akmar fyi i dh pnah tukar dia ke pediasure mase dia 1 yrs old tp dia lgsg x nk minum, my mum col i kt ofis n i dgr dia nangis n majuk x nk minum susu..*pitamsss* so i maintain enfapro then dia dh besar sket tukar to enfagrow n now i tukar lg ke anmum sbb anmum less sugar..sumore rayyan mase baby pn mmg minum anmum jg + i bf dia pn sempat 2 months plus je *nanges* pastu xde susu..dat day bawa dia check up paed ckp not to worries sbb dia still minum susu dgn byknye..huhuhu...

Mummy Akmar said...

oo yeke..dulu masa memule anak i pakai mamexgold..nak tukar susu kasi tembam sikit..try enfagrow tu adik beradik enfapro kan? sbb abang i anak dia minum enfagrow mmg badan smer gebu geban. Haha..i cuba kasi Qashrin..jenuh bersilat..dia takmo susu tu..

I rasa ikot pada kesesuaian budak n taste bud diorang .. takpela yang penting rayyan sihat! mummy dia pon happy

Anonymous said...

hi mummy akmar..

fight for Qashrin.... pedulikan apa org nak kata..jgn jadi segelintir wanita yg hanya tau menangis tepi katil sambil salahkan nasib & memandang anak bagaikan 1 beban.. jgn kalah dgn permainan dia... mummy & qashrin kene kuat lawan dia..kite sume sama2 doakan yg terbaik utk korang...

Mummy Akmar said...

Hi dear..

Itulah yang Mummy lakukan demi masa depan dan hak El Qashrin Qaisara.

Terima kasih mendoakan kami!

Alhamdullilah! Aminnnn

suri said...

sedih baca kisha awk ni sbaar ya.dlm membesarkan ank2...

Mummy Akmar said...

semua demi anak tersayang..

Farah said...

u r strong woman. tolong bagi tips macam mana nak strong macam ni pls...

Mummy Akmar said...

Hi Farah..
InsyaAllah, kalau ada masa lapang saya fikirkan dan kongsikan tips untuk menjadi kuat apabila diduga macam ni.

Tetapi mostly banyak posting yang saya tulis ada saya masukkan cerita apa yang saya lakukan untuk diri sendiri dan anak.

Awak boleh tengok di MummyQashrin Sitemap di "Pengalaman Bercerai" dan juga "Super Mom"

ana fauziana said...

Ya Alah mummy..u r very strong...pregnant and can survive yourself..proud of u..

Post a Comment