27/07/2012

Mahkamah Syariah Ipoh - Hak Jagaan Anak /Hadhanah

Heluuu dolls! *Ikut gaya Paris Hilton* Hahaha! Tonight, Mummy nak cerita sedikit tentang pengalaman Mummy baru-baru ini. Selepas sahaja kes eddah, mutaah dan nafkah anak tempoh hari di mahkamah syariah Ipoh, beberapa hari kemudiannya adalah sambungan kes hak jagaan/hadhanah. Menurut lawyer Mummy, pihak sebelah sana telah memberi satu cadangan penyelesaian untuk kes hak jagaan ini selepas apa yang Mummy dah cadangkan kepada pihak sebelah sana. Apa yang Mummy nak terangkan di sini ialah, berhati-hati dan teliti dengan setiap tawaran. Mari kita lihat cadangan penyelesaian dari pihak sebelah sana seperti berikut dan reply dari Mummy (highlighted paragraph) yang Mummy sendiri tulis dan akan disemak semula untuk penambahan tertentu. Banyak dah kelonggaran diberi kalau nak dibandingkan pada mula-mula dulu. Kalau tidak setuju "let's fight in the court and let the judge decide":

a) Anakguam kami bersetuju bahawa hak jagaan anak yang bernama El Qashrin Qaisara adalah diserahkan kepada anakguam tuan sepenuhnya manakala anakguam kami diberikan hak melawat dan bermalam bersama atau apa-apa akses dengan anak tersebut tanpa sebarang syarat atau tempoh masa tertentu.


Anakguam kami bersetuju untuk hak jagaan sepenuh El Qashrin Qaisara kepadanya

Hak lawatan dan bermalam bersama El Qashrin Qaisara semasa beliau berumur di bawah 12 tahun, anakguam pihak tuan boleh melawat dan bermalam pada bila-bila masa sahaja di dalam atau keluar dari negeri Perak dengan persetujuan dan kebenaran oleh pihak anakguam kami sepenuhnya dan juga mana-mana yang berkaitan berkenaan tentang anak tersebut.

Manakala, hak lawatan dan bermalam bersama El Qashrin Qaisara semasa beliau berumur selepas 12 tahun adalah di atas  perbincangan dan persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak.


b) Anakguam kami juga bersetuju membayar nafkah anak tersebut sebanyak RM400.00 sebulan dan sebagai tambahan sebanyak RM400.00 sebagai perbelanjaan untuk dua perayaan pada setiap tahun.


Anakguam berterima kasih dengan pemberian RM 400 sebagai perbelanjaan tambahan untuk dua perayaan pada setiap tahun. Walaubagaimanapun, anak guam kami tetap menetapkan jumlah nafkah yang diperlukan adalah sebanyak RM600 buat setakat ini dimana, RM 500 hanya diperuntukkan untuk perbelanjaan makan dan minum dan baki RM 100 di peruntukkan untuk bayaran bulanan premium insurans perubatan El Qashrin Qaisara. Segala perbelanjaan di huraikan seperti di lampiran NZA-1 bagi tempoh 2 bulan berturut-turut sebagai panduan pihak tuan.


c) Manakala bagi bayaran perubatan pula anakguam tuan boleh mengemukakan resit-resit bayaran kepada anakguam kami sebagaimana yang telah diamalkan kini dan bayaran akan dibuat oleh anakguam kami kepada anakguam tuan bergantung kepada tempoh proses dan jumlah kelulusan daripada pihak pengurusan syarikat tempat anakguam kami bertugas.
 
Anakguam kami meminta jasa baik pihak anakguam tuan untuk mengeluarkan wang sendiri dahulu dan dibayar terus kepada anakguam kami berpandukan resit-resit asal dari Hospital atau Klinik yang telah dikemukan dan menyelesaikan bayaran perubatan tersebut dalam tempoh 1 bulan dari hari resit tersebut dihantar kepada anakguam tuan. Lain-lain berkenaan atau perkara berkaitan untuk proses dan jumlah kelulusan dari syarikat tempat kerja anakguam tuan bukanlah menjadi satu bebanan kepada pihak anakguam kami.

Mummy juga telah menambah cadangan seperti berikut

(d)  Anak guam kami juga mengemukakan cadangan terus untuk pelajaran/tuisyen/kelas fardu ain dan persekolahan bagi El Qashrin Qaisara untuk mengelakkan masalah lain

  • Bagi umur 2 tahun, El Qashrin Qaisara akan memulakan pra-persekolahan dan kelas agama beliau. Oleh itu, anakguam kami meminta jasa baik pihak anak guam tuan memperuntukkan tambahan RM 400 untuk bayaran bulanan bagi tujuan berkenaan pada waktu yang sebutkan dan akan dikemaskini pada tahun berikut persekolahannya. Lain-lain kos berkenaan perkara tersebut akan ditanggung penuh oleh anak guam kami.

  • Segala urusan pelajaran, tuisyen, kelas fardu ain dan persekolahan akan ditentukan sepenuhnya oleh anakguam kami dan segala kos-kos tersebut adalah di atas tanggungan penuh oleh pihak anakguam tuan (defendan). Bayaran untuk kos-kos tersebut hendaklah dibayar dalam tempoh 1 minggu selepas dimaklumkan ke anakguam tuan.

Strike that sexy pose Qashrin! Ahaks

3. Selain itu, pihak kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk menasiati anakguam tuan supaya menghentikan sebarang bentuk provokasi terhadap anakguam kami dalam apa medium sekali pun termasuk emel, facebook, blog dan pelbagai media internet. Tindakan tidak bertanggungjawab anakguam tuan tersebut akan menyukarkan lagi proses penyelesaian kes-kes berkaitan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil jika masih berdegil.

Selain itu, jika anak guam tuan mengalami masalah atau tekanan perasaan dari mana-mana medium yang dinyatakan, pihak anak guam kami menasihatkan untuk melakukan sewajarnya ke peringkat yang lain. Untuk tidak memburukkan keadaan lagi atau memalukan mana-mana pihak, anakguam kami juga berhasrat menasihati dan memohon agar anakguam tuan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga memberi kerjasama demi kebaikan dan kebajikan El Qashrin Qaisara. 

Ek eh, terasa macam peguam plak Mummy ni. Tulis anakguam bagai nih. Kannnnn?? Nantikan review Mummy tentang perkara-perkara di atas. Mummy terasa macam sesuatu sahaja. Kenapalah pihak sana terhegeh-hegeh sangat untuk hak jagaan dan bermalam sedangkan dulunya "tidak percaya yang Mummy mengandung, bukan benihnya, bomohkan dia sekeluarga, nak DNA test ke atas anak yang dikandungkan, larikan diri macamtu sahaja". Sekarang dah ada teman baru atau so called new life, apakata Mummy cadangkan dapatkan anak yang baru? Takyahla nak rebut-rebut anak ni bagi dia confuse, just let go and jalankan tanggungjawab nafkah anak dan nafkah tertunggak je. Nanti Mummy sambung lebih panjang lagi cerita ni.  Baru sahaja Mummy gembira and happy "with that special one" dah ada cerita macamm ni. Ini lah dugaan di bulan Ramadhan yang perlu dihadapi dengan tabah. 

Tapikan, Mummy nak tanya readers and followers Mummy, apa akan you all buat jika you all diberi cadangan begini setelah apa yang telah dilalui? Semua pendapat dan pandangan akan Mummy timbangkan. Mungkin boleh membantu dan menambah idea lain berkenaan kes ni. Till the next posting. Love and hugs from Mummy to everyone! Mwahs

Xoxo
Mummy Akmar


27 Comments:

JebengOtai™ said...

mmg kene berhati2 setiap tawaran..

Mummy Akmar said...

senang je dia nak cakap "diberikan hak melawat dan bermalam bersama atau apa-apa akses dengan anak tersebut tanpa sebarang syarat atau tempoh masa tertentu"

Lepas tu ntah-ntah dia nak bawak lari budak ni sampai bile-bile. Dah la kuat pengaruh bomoh. Oh please family I modern tak kolot n shirik!

Shima Ahmad Tah said...

Setiap lawatan bersama mesti ada bekas ibu mertua disebabkan waktu sebagai suami isteri si penyu pernah bertindak kasar pukul memukul..biar si tua tu kena ikot di mana baby qash ado..bukan bole percaya si tgn tk cukup ruas tu..

Mummy Akmar said...

Siapa pulak tangan tak cukup ruas?

Memang dia pernah bertindak kasar...tapi tak mengaku. Dah pergi umrah pon boleh menipu..dan juga tak mengaku fitnah bomoh, tipu pregnant. Ini lah orang munafik zaman millenium!

daddydee said...

Berhati-hati mummy...kesian kat el qashrin nanti kalau mummy tersilap langkah...

Bagi saya kalau dah Mummy yang dok jaga dari awal, hak tu sepatutnya dalam tangan mummy. Sebab dia dah pernah lepas tanggungjawab cam tu je. Akan bertanggungjawabkah dia bila dia melawat atau jumpa El Qashrin?? Ada ke hati soerang ayah padanya??

Mummy Akmar said...

Itulah Daddydee..saya mengandung ditinggalkan begitu dan bermacam-macma fitnah terhadap saya dan kandungan saya.. dalam pantang dia bagi email dia akan berusaha abis-abisan nak anak ni..dia kata mcm-mcm. Taktahu malu langsung.

Anak ni dilahirkan pon dia takde..tanggungjawab apa lah tu. Saya risau tentang Qashrin..lebih2 lagi dia dah berkahwin dan taktahu hati wife dia yang baru tu.

Dah la keluarga mereka kuat pengaruh bomoh...itu paling saya takot...Biarlah berdosa mcmana pon tetapi jgn sesekali shirik kerana tiada tempat kita di akhirat kelak..

Anonymous said...

Ada tertinggal kot Mummy. If salah satu syarat gagal dipatuhi dalam keadaan sedar atau tidak, termasuk orang2 yang dipertanggungjawabkan, maka terbatal hak cadangan penyelesaian penjagaan anak dan seterusnya hak tersebut diserahkan kepada Mummy dan mengikut budibicara Mummy sahaja tanpa penilaian semula atau diberi peluang untuk dipertimbangkan... mungkin Mummy leh pertimbangkan kot.

Mummy Akmar said...

thanks..

nanti Mummy tanya lawyer Mummy...untuk ini. Good idea jugak. Ahaks.

CIK TOM said...

cik tom xarif bab2 ni mummy tapi fikir baik2 utk syarat tue ye mummy takut pihak sana buat trik untuk menipu n sebagainya... dl xnak anak skang duk sibuk2 nak hak penjagaan bila dah besar..mcm tue la keadaan manusia skang..

kwn cik tom pun ada sorg camni.. masa kecik lgsg ayah xpeduli.. xmelawat o bg nafkah.. bila dah tau anak masuk blaja U mula la nak berbaik2 sbb nak tumpang senang anak bl kerja nanti sbb anak dgn bini baru semua teruk perangai+xabis blaja..kl betul sygkan anak dr kecik lg kena hargai dan jaga.. jgn hanya bila senang je br nak mengaku anak.. wallahualam..

Mummy Akmar said...

Itu lah Cik Tom..Mummy pernah cakap dengan sepupu mak dia. Sepupu dia siap ckp Mummy bohong mengandung, bomoh, DNA test ..eh macam-macam tak tertulis dekat sini.

Susah payah Mummy tanggung kandung 9 bulan (muntah, pening bagai). Bila budak ni dah besar, berebut pulak. Sepanjang 1 tahun umur Qashrin dilahirkan dia bagi RM200 sahaja itu pon lepas Mummy hantar gambar dekat email dia. Duit sakit dan cucuk bulanan anak langsung tak hirau. Dengan pakaian, losyen, sabun mandi, peralatan botol sabun botol susu..eh panjang la nak list sini. Buat taktahu. Tup tup tahu dah kawin. Kawin boleh plak mengumpul wang nak kawin. Ini lah manusia zaman skrang.

InsyaAllah, niat Mummy utk Qashrin adalah untuk terbaik untuknya. Qashrin is happy with me and others. Dia dapat support yang penuh dari keluarga Mummy. Semua orang sayangkan dia dan cerdik pulak tu.

Allah dah tetapkan and Qashrin is ready to go thru this. Cuma Mummy je kadang2 "drama queen" sedih nanti kalau dia mcmni takde bapa ke apa ke. Sebenarnya Allah dah tetapkan dan Qashrin dah berjanji dia akan menjalani hidup dia mcmni tanpa ada rantaian keluarga sendiri iaitu ibu bapa dan diri dia sendiri.

Mummy takpernah lupa, bekas bapa mertua cakap depan2 katanya dia akan DNA test anak yang Mummy kandung. So, skrang masih menunggu DNA test..tetapi lain pulak yer..nak hak jagaan pulak. Pandai la diorang main drama..

Takperlah, Mummy cakap panjang lebar kang ada pihak sana hangin pulak. Marah dengan perbuataan sendiri bila Mummy ungkit. Tu taknampak siap kata akan ambil tindakan utk provokasi. Hahaha PROVOKASI ke ni? Well dude if u think u are not satisfied with whatever I have said here. Please go the next level and SUE me! Mummy tak takot sebab banyak bahan bukti dan perkara yang di ckp ni adalah accordance dari perbuataan dia 3 tahun lepas.

Anonymous said...

Mummy Rayyan

Phewww mmg dasar kan..dulu beria x mengaku n fitnah u n ichin macam2 la ni sibuk nk fight hak penjagaan bagai..eeiii please la yer..jgn terpedaya dgn dia akmar..sure ade hidden agenda tu..i takut nnt dia bawa lari ichin or dia wat bukan2 pd ichin..yela kate kuat sgt main bomoh kan..giler keji n busuk hati kan..eh pakcik u x layak jd ayah ichin or jd ayah sape2 pn la!! *emo* neway akmar if he n his family insist sgt nk buat DNA then go ahead tp of coz la u n ur family kna ade sekalikn jgn biar die memandai nk bawa ichin without u kang jd cite lain plak..giler drama la pakcik nih..so called "drama king"..ko dh ade bini baru kan so suh jela bini baru ko beranak jgn nk sibuk ganggu kebahagiaan akmar n ichin..semak sey manusia munafik mcmni..i like ur statement "well dude if u think u r not satisfied with watever i have said her, pls go da next level n SUE me!' cayalah berani kerana benar kan akmar..hidup mummy ichin!!!

Mummy Akmar said...

Hi Mummy Rayyan..

Thanks lah singgah sini..

Pasal DNA test, kali ke-2 nak ke Mahkamah Kajang, Lawyer I beritahu yang lawyer dia inform sendiri nak DNA testkan anak yang I kandung. Memang citer ni dah lama. Tidak ada black n white tapi chat antara kawan-kawan dia saudara mara dia I ada simpan. And surat dari lawyer Khairul Masni jugak. Jadi, disitu I dah stressed. Setiap pergi kerja balik dia hantar. Mana I ada masa untuk buat kerja mcm ni. Katanya I keluar ikot pintu belakang untk bersama orang lain. Macam2 tuduhan. Alhamdulilah, baby sihat sempurna pandai cerdik dan tak meragam pon. Bila lahir sahaja Qashrin, I sendiri paksa dia buat DNA test.. tapi tak jadi lah pulak sbb muka dah sama. Haha Kelakar lah orang2 mcm ni..

BUkan tu je..dia ckp dia tak tidur dengan I, I baru lepas operation dengan Prof Hamid Arshat, mana bole mengandung...dah tentu2 buat procedures tu berhitung nyawa untuk bagi melekat/dapat anak...nak ckp bodoh, tapi pandai belajar sampai Master...

Biarlah, walaupon dia takmengaku hal2 ini didepan pegawai Sulh masa I file kan kes hadhanah ni, 2 yrs back. Tapi AllahSWT ada. Mummy tak pernah takot...dan juga, MENIPU selepas balik umrah.. tak tahu tujuan dia pergi untuk apa.. balik2 tapi menipu?? Semoga Allah beri dia petunjjuk jalan yg benar dan petunjjuk kebenaran kpd sesiapa yg mendengar fitnah terhadap Mummy, kandungan Mummy dan family...InsyaAllah kite pegang pada hukum karma...itu sahaja..

Mummy tak pernah takot...well dia nak saman Mummy..bring it on.. dulu beriya buat polis report..apa polis bole buat? sbb hal rumah tangga dia nak tangkap letak dalam lokap ke? BUkan Mummy bawak dadah ke Hahahaha...Mummy dtg dengan perut cerita A-Z kpd polis tu.. dia pon ckp Puan balik rehatkan badan etc...

Baiklah polis tu pegi tangkap penjenayah ke..

trah zain said...

Suka dengan cara mummy, mcm baca novel, tp tu realiti hidup mummy, moga mummy terus tabah jaga puteri tu, comel sgt2..hehe
smile mummy!!!

Mummy Akmar said...

yer ker? Mana lah tahu Mummy boleh keluarkan satu Novel..Ahaks...

yer yer je Mummy cakap kan..penulisan lintang pukang...ade hati pulak nak Novel bagai..

Terima kasih baca blog Mummy!

=)

azmanisma said...

Kesian mummy...sedih saya baca kisah2 macam nih..bukan senangkan kalau dah bercerai nih.

Mummy Akmar said...

Alhamdullilah, saya dipilih untuk dugaan ni. Syukur!

zaraqif lurve said...

Hak lawatan dan bermalam bersama El Qashrin Qaisara semasa beliau berumur di bawah 12 tahun, anakguam pihak tuan boleh melawat dan bermalam pada bila-bila masa sahaja di dalam atau keluar dari negeri Perak dengan persetujuan dan kebenaran oleh pihak anakguam kami sepenuhnya dan juga mana-mana yang berkaitan berkenaan tentang anak tersebut.
( hrmm knapa mummy bg hak bermalam pd xhsbd siap blh kuar dr perak gitu..knapa xtggu till anak mummayiz dulu? kalau saya xsanggup nk berpisah tmpt tdo dgn anak...lg2 biar anak bersama xhsbd n wanita yg buat rumahtangga kita runtuh...hrmmmm)

Mummy Akmar said...

Salam Zaraqif.. mungkin awak bole tengok ayat ni "dengan persetujuan dan kebenaran oleh pihak anakguam kami sepenuhnya dan juga mana-mana yang berkaitan berkenaan tentang anak tersebut." --->>> Awak rasa-rasa apa maksud ayat ni?

zaraqif lurve said...

bkn apa mummy,sbb ada stengah pihak ni mrk gile..mcm my xhsbd,dh dkat nk raya ni dia buat surat rayuan perintah mahkamah utk hak penjagaan sempena raya,alasan tahun lpas dia xdpt beraya dgn anak...sdangkan dia ceraikan sy ramadhan ke-3 last year...itu sbb skang ni sy mencari org2 yg mempunyai prob yg sama dgn sy..nak lihat apa yg perlu dibuat dan apa yg harus dibuat... :)

Mummy Akmar said...

zaraqif,

Kesiannya. Apa kata mahkamah tentang ini?

Saya mungkin tak dapat nak bagi tahu apa yg terbaik utk awak. Mungkin boleh rujuk kepada Mahkamah. Sebab itu saya jenis kalau saya masukkan apa-apa, saya masukkan sekali, sebab dah tahu orang-orang yg mcm ni memang muka tak tahu malu dan tak beradab.

Walau macamana pon, kes saya berbeza dengan kes zaraqif. Saya ditinggalkan begitu sahaja. Satu minggu diceraikan, dapat tahu saya mengandung. Lepas tu pihak sebelah sana fitnah macam2. 9 bulan seorang diri. Tiba-tiba pulak mengaku ini anak dia and skrang beriya-riya nak hak jagaan. Dan tidak ada sebab raya pertama anak saya tidak berada dengan saya. Itu pasal keputusan apa-apa tentang anak dibawah 12 tahun adalah sepenuhnya ke atas saya. Selepas 12 tahun keputusan bersama. JIka saya tak setuju, dia boleh buat apa?

Bukan untuk menidakkan hak dia sebagai "sperm donor" / perkongsian benih ini, tetapi saya buat semua ini untuk kebaikan El Qashrin Qaisara. Sebab bawah 12 tahun Qashrin dia taktahu apa-apa. Awal-awal lagi saya masuk semuanya. Apa-apa pon selagi dia tak ada kata putus. Qashrin tetap bersama saya.

Untuk kes awak, saya tak tahu. Mungkin anak pernah bersama semasa belom bercerai..Lepas tu bercerai, jadi setahu saya umur 13 tahun anak tu boleh decide dia nak duduk dengan sapa. Untuk hak raya bersama tu kene lah Puan tetapkan siapa dan pembahagian bersama. Tapi tengok pada anak jugak, kalau anak tu taknak, takkan nak dipaksa kan?

zaraqif lurve said...

thanks pasal sudi story2 hal2 berkaitan dgn anak ni..apapun..best of luck pd mummy ..:) doakan yg terbaik utk saya...

Mummy Akmar said...

thanks zaraqif bertanya hal ini kepada saya.

Saya mintak maaf sangat kalau ada percakapan saya mengguris hati Puan. Amik saja yang baik-baik dan positif untuk jadi panduan..

Yang masa tak applicable tu tolak tepi saja..Hihi..

nurul said...

hmmmm....asalnya cari rekaan terkini utk aidilfitri...
pastu selak sana sini kat blog mummy ni terus 'ralit' baca kisah hidup mummy...
sedihnye....tumpang simpati dgn ujian yg menimpa..
yakin lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Mummy Akmar said...

Salam Nurul..

Terima kasih singgah blog Mummy ni.
Alhamdullilah, setiap ujian dapat ditempuh dengan sempurna membesarkan anak seorang diri.

allikahs lutadiays said...

Assalam,
memula ushar bog mummy sbab nama el qashrin qaisara. Sedap nama tu. Terus rasa nak guna nama tu dalam penulisan saya sebab saya suka nama yang unik2. Dah tu tros baca kisah hidup mummy. Kagum degn mummy yang kuat utk hadapi semua nie. Semoga ianya menjadi pedoman dan panduan buat sesiapa yang memerlukan.

Mummy Akmar said...

Wsalam Allikahs,
Terima kasih singgah sini...
Take care

sesuci cinta_aindamiya said...

mummy nasib kita same... sy besarkan anak saya tanpa kasih sayang seorang bapa dr anak dlm perut smpai anak sy dah 3 tahun ni... tau2 cerai nk rampas... mmg x la... mummy nk nangis...

Post a Comment