16/07/2012

Last Minute Party Planning - El Qashrin Qaisara's 2nd Birthday Party (Part 3)

Alhamdullilah. Walaupun plan dalam masa yang singkat iaitu dalam masa 4 hari, last minute party planning untuk Qashrin's 2nd Birthday dah selesai dengan jaya dan cemerlangnya. Hahaha.

Mesti ramai tertanya-tanya, berjayakah Mummy buat Rainbow Cake untuk birthday Qashrin kali ni. Cercube teka jadi ke tak? Setiap hari Mummy punya jantung tak tenteram mengingatkan Cake Rainbow ni jadi ke tak, ingat tak on the first blog posting untuk Last Minute Party Planning - El Qashrin Qaisara 2nd Birthday Party. Dekat situ, Mummy nak sangat birthday cake nanti tu Rainbow Cake. Memang tak tenteram hati konon-konon nak buat sendirilah tu. Mummy ada order dekat kawan tapi dia pulak kata dia nak pergi honeymoon pulak sebab husband dia baru balik dari outstation Hahaha.. Pening betul kepala.

Hari Khamis 12/July/2012, hati memang tak tenteram, cakap dengan Opah, jadi ke kita nak buat cake ni? Opah dengan selambernye. Yerlah kita buat lah senang jer.. Itu jawapannya. Then, hari Jumaat pulak lagi tak tenteram dengan menstrual painnya. Lagi pening kepala. Yerlah takot kek tu tak jadi, tekecik ke, terkeras ke, tak sedap ke. Hahaha...Apa lagi, masa lunch time, Mummy terus pergi kedai kek pertama, dia reject nak buat kek macam ni. Dia cakap susah, tedious job, nak satu satu dan hari Sabtu pagi pulak TNB akan buat pembaikan area tu so takde lah bekalan elektrik. *Panic Mode* memang terus ON. Macam-mana ni........ Huwaaa..Siap buat status FB sebab dah risau dan marah. Hahaha. Then, nak balik lunch. Tapi hari tergerak nak ke kedai satu ni. So, Mummy pergilah jugak. Pergi-pergi, orang tu nak terima tempahan. Apalagi melompat2 suker. Tersengih Mummy. Hahaha Bukan senang normal bakery dekat Ipoh nak amik tempahan macamni. Siap bagi gambar, BBM, Whatsapp segala yang boleh hantar dekat handphone orang tu. Ek eh panjang ler pulak ceritanya. Jom kita tengok beberapa gambar dari Blackberry Mummy ni. Gambar ni tak banyak sangat Mummy amik sebab nak melayan tetamu lagi. Semua gambar-gambar dalam camera kawan Mummy. Nanti Mummy upload lagi.

 Inilah Cake Rainbow yang diidam-idamkan menjadi jugak. (Order je) Haha

 Gambar ni Mummy snap dari Ipad kakak Mummy (Mama Achik)

 Antara schoolmate Mummy yang datang. Maslia and her baby, Ned (the photographer) and Mummy Qashrin.

 Sampai-sampai before meja ni penuh.

 Qashrin yang baru bangun tido (muka blur habis)

 Sementara menunggu yang lain. Tak sangka pulak bilik sepenuh-penuh kene add kerusi lagi. Rezeki Qashrin, sebab ramai yang datang celebrate dengan dia. Alhamdulillah. (Terharu)

 Mummy Ina, Baby Hannah dan Kakak Sarah. Mummy Azue, Mummy Intan dan husband pon datang. Thanks guys datang!

 Party sticker for every kids. Simple doorgift for everyone. Semua dapat macam-macam dari McDonald's (sticker, puzzle, bookmark, eh macam-macamlah)


 Hadiah yang Qashrin dapat dan juga RM450 from adik-beradik Mummy

 Baju ni Opah beli masa dekat KL teman Ayah Yob. Beli dekat PolkaDots MidValley. Harga RM150++. Tapi Qashrin tak suka nak pakai. Dia sendiri cakap "taknak-taknak.". Siapalah Mummy nak sedekahkan baju ni. Haha

Baju ni Mama Achik beli from Indonesia. Sebab last week dia kesana. Qashrin lebih sanggup pakai baju ni dari dress yang design zaman colonial dekat atas tu. Hahaha. Dan juga hadiah dari Ayah Yob RM100.


Mummy Akmar


9 Comments:

Cik Rongoks said...

dress bunga2 tu mmg lawa..hikhik

Mummy Akmar said...

Cik Rongok, tu hadiah harijadi dari Kakak Mummy..Terus pakai untuk Birthday tu. Takde baju baru lain. Mummy pon recycle je baju! Hahhaa

irsah said...

Go Green Mummy.. sempat huga recycle yer?..

Mummy Akmar said...

Hahaha...recycle sebab pakai baju lama je lah :P

irsah said...

Lupa lak mummy - Part 3 besday baby.. tup2, part 4 sambut tunang El Qashrin plak huhu cepat betul masa berlalu...

Mummy Akmar said...

Haaa? Hahahaha....Part 4 Qashrin tunang? Mummy terus nangis dah!

Hidayah Bach said...

wahahaha...rainbow cake tunjuk2 jugak akhirnya ye...?
but great party jugak tu...byk nye hadiah qashrin... ;)

Hidayah Bach said...

eh..nanti bila dah bukak hadiah2 tu buat la entry...hehehe..
dan jangan lupa upload lagi picca...!
:D

Mummy Akmar said...

alaa simple je birthday party ni. Yang penting Qashrin ada kek bole tiup lilin. Family semua tu. Adik beradik I pon dah 8 org..anak-anak diorang je dah penuh. Mostly bagi cash dekat Qash! Haha.. Hadiah tu barang mainan n school bag

Post a Comment