23/07/2012

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Dosa




Untuk puasa hari ke-tiga ini. Mummy nak share satu video yang sangat bererti iaitu video ceramah dari Y.Bhg Prof Madya Dr. Asri Zainal Abidin tentang Doa & Taubat. Bagaimana jikalau kita pernah melakukan satu dosa besar disisi Allah, namun kita masih boleh diterimaNya. Tiada halangan antara kita dengan pencipta kita. Kita juga tidak perlukan sesiapa atau orang tengah untuk berdoa dan meminta keampunan atau pertolongan dari Allah SWT. Video ini amat menyentuh jiwa Mummy kerana dapat menyedarkan diri sendiri dan mengimbau kembali apa yang telah kita lakukan. Allah itu maha pengampun dan maha pengasih/penyayang. Beliau juga ada menceritakan beberapa tentang kisah pada zaman Nabi dahulu seorang yang melakukan zina dan mengaku sendiri di depan Nabi. Jom kita ikuti nasihat Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin ini. Amat menyentuh jiwa dan juga moga-moga kita boleh jadi muslim yang baik. Mari kita sama-sama saksikan dan ambil iktibar dari video ini
InsyaAllah


2 Comments:

Anonymous said...

Memang menitiskan air mata..
Thanks for sharing dear :)

Nani

Mummy Akmar said...

No problem dear

Thanks Nani

Post a Comment