16/07/2012

Giveaway Ke-2 Cik Tom

Wah...Bestnya ada Segmen Giveaway kali ni yang dianjurkan oleh Cik Tom. Dulu masa awal-awal dulu selalu tengok blog Cik Tom ni cari inspirasi macamana nak buat blog Mummy ni jadi lagi best. Hahaha. Apa yang best tentang blog Cik Tom ni sebab dia banyak share tutorial, resipi dan Mummy suka baca tentang kisah kehidupan Cik Tom sendiri. Hari ni bila blog walking, first blog yang Mummy pergi adalah blog Cik Tom lah dulu. Tengok tengok Cik Tom buat Segmen Giveaway. 

ciktom, blog ciktom, give away, giveaway, baju raya, raya 2012, koleksi baju raya, www.ciktom.com, kontes ciktom, kenal ciktom


Bagaimana Mummy kenal Cik Tom?
Mummy kenal Cik Tom melalui Google Search untuk Blog Tutorial tapi dah tak ingat tutorial apa dan juga kenal lebih mendalam lagi bile Mummy buat Blog Walking di beberapa page blogger yang lain. Selalu nampak Cik Tom komen di page blogger lain. Mummy memang fully support blog Cik Tom ni sebab banyak informasi yang best dan berguna.


Artikel yang Mummy suka sepanjang ber-blogging ni adalah...

Mummy suka entri blog The Arrival of El Qashrin Qaisara sebab pada awal dulu, Mummy gunakan blog ini adalah tempat sebagai Online Diary untuk kehidupan baru Mummy bersama anak iaitu El Qashrin Qaisara. Mummy gunakan platform blogspot ini sebagai tempat mencatit perihal kehidupan Mummy setelah Mummy diceraikan dan mengandung 9 bulan bersama anak ini seorang diri tanpa suami disisi. Alhamdullilah, keluarga Mummy sangat supportive membantu Mummy mengalami perubahan yang drastik dalam hidup Mummy. Entri ni mengisahkan hari kelahiran baby yang Mummy tunggu tunggu selama ini. Bermacam cara Mummy cuba untuk dapat Baby ini. Kelahiran dia amat dinantikan oleh Mummy dan juga keluarga Mummy. Alhamdulillah, Mummy dapat mengatasi segala dugaan dalam tempoh 9 bulan. Entri ni juga mengisahkan hari kelahiran El Qashrin Qaisara yang diazankan oleh Y.Bhg Ustaz Yusoff, Billal Masjid Negeri Perak. Beliau adalah ustaz yang mengajar Mummy mengaji dan juga El Qashrin Qaisara dijadikan anak angkatnya. Ia juga menceritakan tentang pengalaman pertama Mummy melahirkan anak, apa yang Mummy lalui di Hospital dan juga masa dalam berpantang secara ringkas.


Senarai hadiah untuk pemenang bertuah
1. Post entri paling menarik dan kreatif- RM50 + keychain handmade+ 2 brooch x 1 pemenang
2. Cabutan pertama- RM30 x 1 pemenang
3. Cabutan kedua, ketiga- RM20 x 2 pemenang
4. Cabutan keempat- shawl + 1 brooch handmade + keychain handmade x 1 pemenang
5. Cabutan ke 5, 6, 7-  sepasang brooch handmade+ keychain handmade+ pendrive case handmade+ hp strap handmade x 3 pemenang
6. Cabutan ke 8, 9 - Original Laptop Sleeve Case Berjenama Esprit x 2 pemenang
7. Cabutan ke 10- Perfume + Bracelet x 1 pemenang
8. Cabutan ke 11- Minuman Fiber – Green Fit x 1 pemenang
9. Cabutan ke 12, 13, 14, 15, 16- RM10+ shawl+ inner x 5 pemenang

 **Peserta bawah 50 orang akan cik tom cabut sendiri. Kalau >50 akan guna khidmat random.org.

Tarikh tutup giveaway ialah 31 Ogos 2012 dan mungkin lagi awal bergantung pada budi bicara Cik Tom

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak MahhDania Eryati, Onlajer, NazriHatiputera, EielaRina Avail, Akhiyy, HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

Xoxo
Mummy Akmar


20 Comments:

Cik Rongoks said...

good luck ! ^^

irsah said...

Gud Luck Mummy.. Wish U all the best.. Blog Ciktom pown best juga.
p/s: cantik kaler pink mummy.. sejuk mata memandang...

Mummy Akmar said...

Thank you Irsah...

Yeker cantik? Sebab ada orang yang tolong. Mummy tak tahu macamana Mummy nak balas baik dia hihihih.. =)

Mummy Akmar said...

Tenkiu Cik Rongoks! <3

Sue PeLik said...

done kunjungan balas dan follow mummy! :)

Mummy Akmar said...

tq sue!

Ujie said...

gd luck ya. insya allah saya pun nak join.

salam kenal..
dtg dari blog ciktom. ^_^

Mummy Akmar said...

thanks ujie!..

Miss Yaty said...

good luck mummy..terharu baca entry mummy..
all the best in your life. insyaAllah :)

Mummy Akmar said...

Thank you Yaty!...

Amin....

Norashiqin Kamaruzaman said...

dtg dr contest yg same =)) hehe gudluck mummy ~,~

CIK TOM said...

tq join mummmy..sorry ye ciktom br smpt singgah... xsangka dlm sifat ceria mummy ada kisah sedih yg pernah dilalui..harap mummy tabah dlm besarkan anak mummy; El Qashrin Qaisara...mesti comel mcm mummy dia jgk kan..

sila update link penaja terkini yg dah finalise di akhir entry ye.. dah update inform kat; http://www.ciktom.com/senarai-peserta-giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/

tq =)

Dania Eryati said...

gud luck...

klu sudi jemput join GA lagi ya http://eryati.blogspot.com/2012/08/giveaway-rm350-cash-prizesjom-join.html

Bayu Kenangan said...

good luck!!!

Mummy Akmar said...

Tq

Mummy Akmar said...

tq cik tom..

Mummy Akmar said...

thanks..

Mummy Akmar said...

tq

CIK TOM said...

tahniah! anda salah seorang pemenang GA blog ciktom; http://www.ciktom.com/senarai-pemenang-giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/

Mummy Akmar said...

Alhamdullilah! Yeayyyyyyyyyy! First time join GA dan menang pulak tu! Yeahooooooooo!

Post a Comment