09/07/2012

Hyundai Getz - Roadtax Renewal


Alhamdullilah. Sedar tak sedar....Mummy dah pakai kereta Hyundai Getz Hitam ni selama 8 tahun. Lagi setahun je kereta ni nak abis bayar. Mummy dapat kereta ni masa Mummy belajar final year di Multimedia University Cyberjaya. Kereta ini dibayar penuh oleh Atok sepenuhnya sebelum Mummy kawin. Walaupun lepas abis belajar dan bekerja sebelum berkahwin, Atok yang bayar setiap bulan. Kereta ini Mummy dapat secara PERCUMA lebih-lebih lagi Abang Mummy (Pak Uteh dan Pak Nek) sebagai autorized Hyundai Car Dealer di Ipoh. Dengan pembelian kereta ini atas nama Mummy, sedikit sebanyak membantu keluarga untuk jual beli kereta.

Hyundai Getz ni 100% imported from Korea. So kiranya CBU unit lah. Brand new car. Memang family Mummy tak pernah beli kereta second hand. Tak kisah lah kereta sekecil kelisa atau sebesar Alphard atau BWM. Memang brand new car. Apa yang best tentang kereta ini, kereta ini selesa, compact, dan TIDAK PERNAH ada problem pon. Melainkan kene ganti battery kereta. Memang betul, kereta ni memang tak pernah buat hal langsung. Berjasa dengan sebaiknya pada tuan nya si Mummy Akmar dan jugak separuh dari owner kecil si El Qashrin Qaisara. (Qashrin dah ckp "ini kereta ichin, kereta Mummy). Jadi takleh nak ckp apa-apa dia dah siap declare ini kereta dia. Hahaha....

Alhamdullilah, kereta ini diloankan selama 9 tahun dan sekarang adalah tahun yang ke-8 Mummy dah pakai kereta ini. Kereta ini banyak sejarah tertentu sepanjang bercinta dengan bekas suami dan sampai lah kami berkahwin dan bercerai. Banyak cerita sedih tentang kereta ini. Mesti you all tertanya. Apsal pulak cerita sedih? Bila dah kawin, segalanya Mummy percaya pada bekas suami. Dari kad bank, buku simpanan AWS 2020 dan ASB, barang kemas, paper work pasal rumah kami di Kajang, income tax dan lain lain. Boleh dikatakan segala menda lah percaya kan dia seratus peratus.Dia yang handle and lead dan Mummy sebagai follower.

Apabila dah berumah tangga, segala-galanya dikuasai sepenuhnya bekas suami. Sehinggalah kepada kereta Hyundai Getz ni. Pernah suatu ketika dulu, kereta ini hampir dijual *sob sob* *memang betul-betul sedih bila mengenangkan*. Ya, kereta ini hampir dijual oleh bekas suami. Atas alasan, "kereta ini mahal", "you ini kene tipu dengan adik beradik you", "kereta ini tak elok takde second hand value" dan bermacam-macam lagi. Mummy sabar dengan apa segala yang di cakap oleh bekas suami dengan cara menelefon Opah dan Atok dengan menyalurkan pressure pada parents Mummy. Kadang tu pada Abang Mummy pon Mummy ungkit isu ini. Pernah sekali tu, bekas suami bawak Mummy ke second hand dealer nak tanya berapa boleh tolak kereta ni, ada pulak tu pergi ke Perodua untuk menggantikan kereta lain. Jawapan dari second hand dealer dan Perodua, both kata kene top up kalau nak jual sebabnya  loan agak tinggi untuk tolak hutang yang ada. Memang waktu itu kereta Hyundai Getz  masa nak beli tu harga nya memang agak tinggi.

Dengan cara tak sudah, jadi satu tekanan pada rumah tangga. Mummy tak paham, bekas suami marah-marah kerana setiap bulan kene bayar RM815. Kereta ini tidak sekali pon menggunakan wang saku atau wang gaji bulanan dia sebagai Engineer Kapal tu. Sesen pon tidak di contributekan olehnya untuk installment bulanan. Semua hasil daripada titik peluh Mummy. Semuanya pakai gaji Mummy. Tidak pernah langsung Mummy minta "tolong sikit bayar kereta Mummy". TIDAK PERNAH. Kereta ini juga pernah bekas suami ckp, "suruh lah bapa awak bayar sikit". Mummy kadang-kadang segan nak mintak duit telahkan Mummy dah berkahwin. Mestilah kita kene pandai berdikari. Sedih dengan sikap bekas suami yang sebegini dan menyebabkan adik beradik Mummy buat satu remark terhadap dia. Tapi adik beradik Mummy sangat cool dan tidak pernah campur tangan. 

Pada satu ketika tu, Pak Uteh did very well in his business and as Mummy keep complaining about this car being paid installment yang tinggi. Pak Uteh decided to take the car as ambil alih for awhile. Rasanya dalam bulan 5 tahun 2009. Begitu sedih untuk berpisah dengan kereta ni. Bila tengok kereta Getz Hyundai color hitam, mesti Mummy ckp "Abang, tengok tu kereta Hyundai" bekas suami hanya tersenyum. Kadang-kadang terfikir, apa motif dia sebenarnya. Langsung tak fikir panjang dan asyik merungut kereta ini mahal, kereta ini takde value, kereta ini itu dan ini. Masa bercinta dia pakai kereta ini okay je pulak. Takpaham sikap nya nak fast result depan mata dan terlalu control semuanya. Dia sangat particular pasal kegunaan wang. Terlalu berjimat. Jimat Freak!!. Kadang-kadang ada niat nak tukar handphone pon dia tak bagi sebabnya "membazir" "tak praktikal" dan macam-macam lagi. Bukan ke, kalau kita kerja kadang-kadang kita nak reward diri kita, mungkin ke Spa ke, beli something yang kita boleh pakai dan nampak. Nak buat facial pon takde masa apatah lagi ke Spa. Eh ni cite lain pulak. Haha...

Nak dijadikan cerita, dengan kuasa Allah SWT. Jodoh Mummy and bekas suami dah ditakdir oleh Allah sampai disitu sahaja pada end of November 2009. Dengan tidak malunya dan tebal muka, Mummy terpaksa meminta balik kereta Hyundai Getz ini semula dari Pak Uteh untuk guna ke pejabat. Sebab selalu car pool dengan bekas suami atas alasan untuk jimat. Jimat yang tak bertempat. Mummy tiap-tiap hari berjalan jauh naik turun tangga MONOREL kadang tu tunggu di tepi jalan sementara tunggu bekas suami abis meeting. Panjang cerita ini. Kalau nak dikisahkan. Sepanjang perkahwinan, bekas suami yang meminta untuk duit gaji Mummy untuk tambah wang nak membayar kereta second hand Chevrolet Optra yang dia beli dari second hand dealer tu. Takperlah menda dah berlalu. Bayangkan kalau kereta Hyundai Getz ini bebetul dah kene jual. Lepas diceraikan melalui telefon, kereta apa Mummy nak pakai???? Perkara paling sedih bila, tomahan dan fitnah terhadap Mummy, katanya dia kene bomoh, kandungan Mummy palsu dan bermacam-macam lagi. Biarlah, Mummy serahkan pada Allah SWT untuk fitnah ini dan semoga Allah akan balas dengan fitnah dia dan bomoh yang dia tilik tu.

Alhamdullilah, Allah SWT tak henti-henti memberi rezeki pada keluarga Mummy. Ayah Yob ada offer Mummy untuk bayar balance top up kereta Hyundai Getz ni dan ganti dengan kereta baru dan mereka ingat nak membantu supaya bebanan RM815 tu dapat dikurangkan. Bantu untuk beli kereta Myvi ke Pesona ke, kereta buatan Malaysia. Mula-mula tu memang Mummy teruja nak sangat, yerlah sebab kereta baru, tapi difikirkan balik kereta ini dah berjasa 8 tahun pada hari ini 9 July 2012. Mummy rasa baik continue sahaja. Buat apa nak beli kereta baru dan nanti nak sambung bayar lagi walaupon RM400 sebulan. Kereta tu pon lagi setahun je nak bayar, kalau Ayah Yob boleh tolong bayarkan, Mummy dah ada asset.

Allah itu maha menentukan dan maha mengadun segalanya. Jodoh Mummy dengan kereta Hyundai Getz memang amat kuat dan bersebab kerana sesuatu kejadian. Lepas ini Mummy tayah pening2 nak cari kereta lain dan duit tu boleh salurkan kepada pelajaran El Qashrin Qaisara. 

Mummy nak cat balik color putih pearl then betulkan mana terbengkok ke. Dulu pernah bekas suami masa bercinta pakai kereta tu bersama ibu nya. Katanya seorang penunggan motosikal wanita terbabas kene kereta tu. Sehingga kami berkawin dan dah ada anak, langsung dia tidak endah pon nak baik pulih kemik tu. Lepas tu, kereta tu punya tayar penyambung antara dua tayar tu taktahu apa namanya dah bengkok. Mummy tahu mungkin sebab pernah sekali tu masa bercinta, hantar bekas suami dengan beg nya yang seberat berkilo-kilo ke airport masa dia study di Korea dulu dengan 5 orang sekali dalam kereta tu. Itu yang batang tu mcm bengkok. Tapi diamkan sahaja. So, dah check harga, nak ganti batang tu dalam RM2000. Hhahaha batang lah pulak. Ish ish..taktahu namanya apa. Mula dulu Pak Uteh gantikan tayar baru then baru setahun lepas Ayah Yob gantikan baru jugak. 

Oh Hyundai Getz.. tak sia-sia Mummy beli dan bayar setiap bulan......You will always be loved. You are just like my second daughter. Yes! You are my baby!!!

P/S: Mummy teringin Honda Freed. Kalau nak bantu cuba tengok di sini!

Mummy Akmar



7 Comments:

onlajer said...

Cuba menahan nafsu untuk beli kerata baru, fikirkan tentang seronoknya duit yang tak perlu dikeluarkan untuk bayar ansuran bulanan

mrs.noraida said...

Hi and salam perkenalan...naik syok plak baca..memuka review pasal kete..alih2 bercampur ngan sejarah nyer sekali...comey la si ichin tu..kiut banget!

Mummy Akmar said...

Hi & Salam Perkenalan...

Nanti singgah2 lah lagi dan follow blog kita yer..

Mummy Akmar said...

A ah mmg taknak beli pon..melainkan ada orang nak kasi PERCUMA! hahaha.....

Anonymous said...

batang??ki3

Anonymous said...

hi mummy...firstly im sorry...just asking....kalau mummy still guna hyundai getz ni..
saya tgh consider untuk ambik hyundai getz 2nd hand untuk adik yang sambung belajar...
kereta mummy 1.3 ke 1.6? and how about fuel consumption?
kalau mostly city driving boleh pergi berapa km dengan full tank?tqvm :)

Qashmere said...

hi, kalau interested to know more. Email saya di theqashmere@gmail.com

Post a Comment