01/07/2012

4th AGM - Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak (PITMP)

Haritu Mummy dapat surat jemputan dari Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak untuk menghadiri AGM yang ke-4. Kiranya ini adalah pertama kali Mummy join Persatuan dan event seumpama ini. So, tu yang rasa nak join lah tengok apa yang boleh didapati dari Persatuan ini. Harini Mummy ditemani dengan anak sedara Mummy, Maisara.


Meeting kali ini dapatlah berjumpa dengan ahli-ahli PITMP secara dekat. Kebanyakannya semua dah berumur yang datang dari Cawangan Sungai Siput dan yang selebihnya yang muda. Apa yang Mummy lihat mereka sangat akrab dan rapat sesama sendiri tidak kurang juga dengan Pengerusi Persatuan yang sangat peramah.

Pada mulanya, Mummy sampai agak awal jugak dan berjumpa dengan salah seorang ahli. Memang taktahu siapa dia. Rupanya dia adalah Bendahari Kehormat Hajjah Norsiah Binti Nek. Dia juga adalah usahawan mempunyai kedai elektrik SINGER sendiri dan juga member KUWANIS salah satu koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Namanya tak ingat pulak Koperasi Wanita apa ntah lupa dah. Dia banyak menerangkan yang dibawah KUWANIS bermacam-macam aktiviti secara PERCUMA dan juga kalau nak mulakan business bole dapat bantuan dari kerajaan. Contohnya dalam bidang kecantikan dan bermacam-macam lagi. Bestnya. Memang lepas ni nak join. Katanya join fees tak mahal tapi lebih bagus beli saham bayar RM100 sahaja dan lepas tu boleh dapat untungan dan juga lepas tu masuk Board of Member pulak itu step kedua katanya. Memang best dapat bersembang dengan Hajjah Norsiah. Rupanya dia adalah bekas pekerja Bank Standard Chartered dan kini adalah ibu tunggal. Katanya lagi, ada salah seorang ahli KUWANIS yang kini berjaya di Ipoh bertaraf dengan arwah Susilawati, owner kecantikan yang terkenal yang dah meninggal dunia tu. Katanya, seronok tengok orang sendiri berjaya ke tahap tu. Memang confirm Mummy akan join. Hihihih...

Pada mulanya, mesyuarat di mulai dengan bacaan doa, ucapan Pengerusi, dan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis. Lepas tu minum petang dulu dan barulah semua ahli jawatan kuasa dibubar untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru 2012. Lepas tu pemilihan ahli baru diikuti dengan cabutan bertuah. Hmm...Takde luck betullah, nombor Mummy No. 8 tapi nombor 9 yang dapat dicabut. Takder rezekilah tu. Redha je lah. Hahaha.

Bila baca Agenda Meeting kali ini dan juga aktiviti-aktiviti lepas. Rasanya sangat bertuah dan berbaloi dapat join Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak. Tengok dalam AGM Booklet tahun lepas yang di adakan di Heritage Hotel, Ipoh banyak betul aktiviti Persatuan pada tahun lepas 2011 antaranya seperti berikut:

Kebajikan
a) Sumbangan Tunai Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri
b) Sumbangan Kepada Ahli Kampong Temin untuk Majlis More di Bulan Ramadhan
c) Sumbangan Kepada Ahli Atas Sebab Tertentu - Kemasukan Hospital, Lumpuh, Kehilangan Keluarga Terdekat, Sumbangan Ikhlas Kepada anak-anak ahli yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS
d) Sumbangan Baju Dan Kasut Sekolah

Pendidikan - Kursus / Seminar
a) Seminar Keusahawanan Wanita 2011
b) Kursus Pembentukan Usahawan Juruterapi
c) Bengkel Sayang Diri, Sayang Keluarga
d) Kursus Pembuatan Kek Bersama Chef Faizal Ng
e) Seminar Keusahawanan
f) Kursus Pematuhan Persijilan Halal
g) Kursus Kek dan Roti Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita
h) Kursus Pemprosesan Dan Pembikinan Telur Masin
i) Seminar "Rahsia Kekal Sihat, Kekal Cergas"
j) Kursus Komputer

Sosial / Kebudayaan
a) Kumpulan Koir dan Kebudayaan
b) Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Bersama YB Dato' Hamidah Osman
c) Pelancaran Logo Dan Kempen Hal Ehwal Wanita Negeri Perak
d) Majlis Pembukusan Kueh Raya untuk Pasukan Keselamatan
e) Majlis Berbuka Puasa Hotel Excelsior
f) Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tower Regency Hotel Ipoh
g) Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Anjuran Puteri UMNO Ipoh Timur
h) Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan di Dewan Bandaraya Ipoh
i) Pertandingan Memasak

Aktiviti Agama
a) Kelas Agama
b) Sambutan Maulidur Rasul

Lain-Lain
Malam Amal Harmoni Kasih - Charity Dinner dengan nyanyian artis tempatan, musik pengiring, tarian dan pertunjukkan Fesyen

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil

 On our way to Restoran Malaysia Raya, D' Eastern Hotel

Posing jangan tak posing =p~ 




Antara menu yang disediakan, Kueh-kueh (Karipap, Popiah Goreng, 4 jenis kueh talam), Bubur Kacang, Mee Rebus, Bihun Goreng, Ayam Goreng Rempah, Nasi Impit dan Kuah Kacang. *Burp* Alhamdulillah.

Kaunter Registration







Xoxo,
Mummy



3 Comments:

irsah said...

Salam mummy. memang betul salah seorang ahli tu arwah. Anyway thks 4 sharing. Leh war2 kan blog-prunettes sebelah sana. slamat beniaga.

Mummy Akmar said...

Baru perasan..

ketikketok said...

Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

Post a Comment